Cari:
Lagu Rakyat Qinghai
2010-07-26 10:15:51 CRI Cetak
Dalam ruangan hari ini, saya akan menyiarkan rakaman persembahan mengenai warisan budaya bukan benda Qinghai China.

Provinsi Qinghai terletak di kawasan barat China,iaitu di sebelah timur Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Pemandangan di Qinghai indah dan megah, sumber alamnya pula berbagai-bagai jenis. Di sana ada gunung salji, tasik masin dan padang rumput yang luasnya saujana mata memandang. Tiga batang sungai yang paling panjang di China, iaitu sungai Yangtze, sungai Kuning dan sungai Lancang semuanya berpunca di Qinghai. Etnik Tibet, Hui, Salar dan Tu yang hidup bersama-sama di Qinghai, mencipta budaya yang begitu gemilang.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati "Lagu Rakyat Etnik Tibet Yushu" yang dinyanyikan oleh seorang gadis etnik Tibet. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Di dalam khemah dengan benang emas, seluruh keluarga hidup dengan gembira. Susu kelihatan seperti benang perak, lembu dan kambing juga hidup dengan gembira. Di padang rumput yang dihiasi emas dan perak, tarian dan nyanyian dipersembahkan dengan penuh gembira."

Tarian Zhuo dan tarian Yi entik Tibet yang diwaris di Yushu Qinghai mempunyai sejarah yang lama. Kandungannya berasal dari amalan hidup biasa masyarakat etnik Tibet, seperti menunggang kuda, memburu, menggembala kambing, memerah susu, menggunting bulu binatang dan menghasilkan mentega Tibet. Tarian ini dikenali sebagai ensiklopedia kehidupan rakyat etnik Tibet di Yushu. Hingga ke masa ini, tarian Zhuo dan tarian Yi menjadi cara utama bagi rakyat etnik Tibet untuk menyampaikan perasaan mereka yang sebenar.

"Hua'er" ialah sejenis lagu rakyat yang popular di kawasan barat laut Qinghai, Gangsu dan Ningxia. Iramanya merdu dan amat bercirikan kehidupan tempatan.

Qinghai ialah tempat asal "Hua'er". Lebih-lebih lagi di Hehuang, kawasan timur Qinghai, "Hua'er" amat popular di sana. Muziknya berbagai-bagai, lirik lagunya ringkas tetapi susunannya rapi. Antaranya, lagu "Qu Pu" sahaja pun ada lebih daripada seratus jenis, dan lebih 40 daripadanya amat popular.

Sekarang, silalah nikmati lagu "Hua'er" yang dipersembahkan oleh pewaris budaya bukan benda peringkat provinsi Qinghai, Ma Mingshan dan Mian Wangyi.

Selain "Hua'er", bercerita dan menyanyi dengan iringan alat muzik Zhamunie juga amat popular di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, khususnya di kawasan perkampungan etnik Tibet di Qinghai. Di sini, ia amat berpengaruh seni jenis ini sudah bersejarah lebih daripada 1000 tahun.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu jenis tersebut yang dinyanyikan oleh seorang gembala dari Kaunti Gangcha Daerah Haibei Qinghai. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Arak yang ditapai daripada barli yang manis dihadiahkan kepada saudara penonton. Sepasang subang emas dihadiahkan kepada gadis yang jelita. Gadis yang jelita hidup di kampung halaman dengan bahagia."

Akhir sekali, saya akan memperkenalkan lagu majlis jamuan etnik Hui. Lagu jenis ini selalu dipersembahkan dalam majlis jamuan perkahwinan. Oley sebab ia juga diiringi taridra, maka ia juga dikenali sebagai "tarian majlis jamuan".

Sekarang saya akan menyiarkan lagu majlis jamuan yang berjudul "Burung Nuri Berbulu Putih". Pelakonnya menyanyi sambil menari, kadang-kadang meniru gaya burung terbang, kadang-kadang meniru gaya orang menangkap burung.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China