Cari:
Gongqin
2010-08-02 14:05:41 CRI Cetak

Gongqin

Gongqin yang sudah bersejarah lama ini, merupakan sejenis alat muzik petikan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Gaoshan di Taiwan China. Bentuknya mirip busur pemburu.

Penduduk etnik Gaoshan ini kelihatan sedang memainkan alat muzik Gongqin.

Alat muzik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian busur dan tali. Bahagian busurnya diperbuat daripada buluh, yang panjangnya kira-kira 50 sentimeter dan lebarnya kira-kira 1.2 sentimeter. Talinya pula diperbuat daripada daun halia cengkerang (alpinia-zerumbet) atau rotan yang dikeringkan. Ketika membuat persembahan, bahagian atas busur dipegang dengan menggunakan mulut. Sementara itu, ibu jari tangan kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan ibu jari tangan kiri menekan bahagian bawah busur itu untuk mengawal melodi. Ia selalu dimainkan untuk mengiringi persembahan nyanyian dan tarian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China