Cari:
Qinqin
2010-11-29 11:56:27 CRI Cetak

Qinqin

Qinqin, alat muzik petikan klasik yang bertali dua atau tiga ini, sangat pupolar dalam masyarakat etnik Han yang tinggal di provinsi Guangdong, bahagian selatan China. Ia selalu dimainkan dalam pancaragam etnik, atau sebagai alat muzik untuk mengiringi persembahan opera tempatan.

Struktur alat muzik ini mirip Ruan, sejenis alat muzik petikan yang dicipta pada zaman Dinasti Qin (tahun 221 sebelum Masihi). Ia terdiri daripada empat bahagian, iaitu kepala, pemegang, badan dan tali. Kepalanya dihias dengan hiasan seni ukiran daripada tulang seperti bunga plum dan kelawar. Bahagian badannya pula ialah sebuah kotak resonans yang berbentuk bulat. Bunyi yang dihasilkan sangat lembut tetapi lantang, dan amat merdu didengar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China