Tudongxiao
Tudongxiao, yang juga dikenali dengan nama "Dilaonuo" ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Yi yang tinggal di provinsi Yunnan, bahagian barat daya China. Bentuknya mirip buah pear atau labu. Struktur dan prinsip bunyinya pula hampir sama dengan Xun, iaitu alat muzik tiupan yang paling tua di China.
Alat muzik yang diperbuat daripada tembikar ini, tingginya kira-kira 11 sentimeter. Di bahagian atasnya ditebuk satu lubang bunyi untuk dijadikan mulut tempat meniup. Di bahagian "perut"nya pula ditebuk tiga lubang bunyi, dengan dua lubang di depan dan satu lagi di belakangnya. Dengan itu, ia dapat mengeluarkan 4 bunyi, iaitu la、do、re dan mi.
Alat muzik ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki beberapa hari selepas Tahun Baru sebagai tanda menyambut ketibaan musim bunga, atau pada musim menanam untuk mendoakan hasil tuaian yang lumayan.