Cari:
Lagu-lagu Nyanyian Penyanyi Tentera 1
2010-08-04 13:12:12 CRI Cetak
"1 Ogos" ialah hari memperingati ulang tahun ke-83 penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China. Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi daripada anggota angkatan tentera China.

(Liu Bin)

Sebagai hidangkan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Sebagai Askar" yang dinyanyikan oleh Liu Bin. Persembahan beliau amat bersemangat dan mencerminkan gaya tentera China yang berwibawa. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Kita yang berkhidmat dalam tentera, adakah bezanya dengan orang lain? Kita semua memakai pakaian seragam tentera. Sebenarnya kita semua adalah sama, muda dan bersemangat. Kita semua berusaha untuk menjaga maruah tanah air."

(Li Danyang)

Seterusnya, saya akan memperkenalkan penyanyi Li Danyang, penyanyi solo dari Kumpulan Penari dan Penyanyi Jabatan Politik Pasukan Meriam Kedua. Suaranya yang merdu agak disukai orang ramai. Beliau pernah memperoleh tempat pertama dan kedua dalam pertandingan muzik TV China dengan persembahannya "Bunga Melur yang Disayangi" dan "Bendera Paling Merah dan Paling Cantik".

Sekarang silalah nikmati lagu "Bendera Paling Merah dan Paling Cantik", lagu yang memuji bendera Tentera Pembebasan Rakyat China.

(Sun Weiliang)

Encik Sun Weiliang ialah seorang penyanyi yang juga pandai menggubah muzik dan lirik lagu. Beliau bekerja dalam Kumpulan Penari dan Penyanyi Jabatan Politik Tentera Laut. Beliau selalu pergi ke pulau yang amat terpencil untuk mengetahui dan menghayati kehidupan askar yang tinggal di sana. Dengan berbuat demikian, Sun Weiliang jarang berpeluang untuk tampil di pentas. Namun, bagi beliau pengalamannya itu telah menyuntik daya hidup yang kuat dalam nyanyiannya.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Akan Dijuji oleh Tanah Air" yang dinyanyikan oleh Sun Weiliang.

Puan Song Zuying juga ialah penyanyi solo dari Kumpulan Penari dan Penyanyi Jabatan Politik Tentera Laut. Beliau berjaya menggabungkan cara menyanyi tradisi dengan teknik menyanyi bel canto sehingga terbentuk gayanya nyanyinya yang tersendiri. Beberapa tahun kebelakangan ini, Song Zuying selalu membuat persembahan di luar negara, termasuk konsert di Opera Sydney, Dewan Emas Vienna dan Kennedy Center. Suaranya yang merdu dan wajahnya yang cantik berjaya menarik ramai pendengar warga asing.

(Song Zuying)

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Askar dari Pelbagai Tempat" yang dinyanyikan oleh Song Zuying. Lagu ini menceritakan kisah askar yang berasal dari merata-rata tempat yang menjalinkan hubungan persahabatan yang erat sejak hidup bersama dalam pasukan tentera.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China