Cari:
Lagu-lagu Nyanyian Penyanyi Tentera 2
2010-08-10 19:40:18 CRI Cetak
Yan Weiwen ialah penyanyi solo yang terkenal dari Kumpulan Penari dan Penyanyi Jabatan Politik Am Tentera Pembebasan Rakyat China. Suaranya bersih dan vokalnya tinggi, gaya persembahannya di pentas yang begitu istimewa jelas menggambarkan kegagahan seorang lelaki. Dalam persembahannya, beliau mencurahkan seluruh cintanya kehidupan sebagai tentera. Lagu yang bertajuk "Anak Pokok Poplar", "Curahkan Rasa Hati" dan "Satu Dua Tiga Empat", iaitu antara lagu yang mula-mula dinyanyikan oleh beliau menjadi amat popular dalam kalangan tentera dan orang awam. Anggota tentera menggelar Yan Weiwen "Biduan Tentera". Yan Weiwen merasa amat bangga dengan gelaran ini kerana beliau melihatnya sebagai anugerah yang paling tinggi yang diterimanya daripada pasukan tentera.

(Yan Weiwen)

Sekarang silalah nikmati lagu "Anak Pokok Poplar" yang dinyanyikan Yan Weiwen. Lagu ini menceritakan kisah tentang pembesaran anak pokok poplar untuk menghargai tentara yang bertugas menjaga kawasan sempadan tanah air.

Tan Jing ialah seorang penyanyi muda daripada angkatan tentera. Beliau pernah mengikuti pelajaran vokal lagu etnik di Konservatori China dan teknik menyanyi lagu popular di Institut Seni Tentera Pembebasan Rakyat China. Di sana, beliau memperoleh ijazah Sarjana, dan ini menjadikan beliau orang pertama di China yang memperoleh ijazah Sarjana dalam jurusan lagu pop.

(Tan Jing)

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Tentera Wanita Berjalan di Jalan Raya". Lagu ini berirama rancak dan menceritakan kisah tentang tentera wanita China yang bersemangat dan lincah.

Wang Hongswei juga ialah penyanyi solo dari Kumpulan Penari dan Penyanyi Jabatan Politik Am Tentera Pembebasan Rakyat China. Suaranya merdu dan vokalnya juga tinggi.

(Wang Hongwei)

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Memuji Sempadan Tanah Air". Lagu ini menceritakan kisah tentang tentera yang berkhidmat di kawasan sempadan yang terpaksa mengatasi pelbagai kesukaran, namun tetap berazam untuk menjaga keselamatan tanah air.

Lu Jihong ialah salah seorang penyanyi solo yang amat digemari oleh para pendengar beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau tamat dari Konservatori Xi'an pada tahun 1982, dan kemudian berjaya dalam peperiksaan untuk memasuki Kumpulan Penari dan Penyanyi Jabatan Politik Tentera Laut. Beliau sering mendaki gunung atau menaiki kapal untuk pergi ke pulau-pulau demi membuat persembahan bagi rakan-rakannya dalam angkatan tentera laut,

(Lu Jihong)

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Salam Buat Tentera Laut" yang dinyanyikan Lu Jihong.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China