Cari:
Wei Zheng, Teladan bagi Semua Pegawai
2010-08-12 10:59:50 CRI Cetak

Wei Zheng dilahirkan pada tahun 580 Masehi. Dalam perang pada penghujung zaman pemerintahan Dinasti Sui, beliau turut membantu beberapa orang pemimpin pemberontak yang sangat terkenal. Namun, setelah menyerah kepada pemerintah Dinasti Tang, bakatnya yang hebat itu telah menarik perhatian Li Jiancheng, Putera Mahkota ketika itu. Dan Wei Zhenglah dilantik menjadi pegawai kanan oleh Putera Mahkota tersebut. Dalam perbalahan antara Li Jiancheng dengan adiknya Li Shimin, Wei Zheng sentiasa membantu Li Jiancheng dan memberikan banyak cadangan untuk menewaskan Li Shimin. Bagaimanapun, Li Shimin akhirnya berjaya menewaskan abangnya dan menjadi Putera Mahkota yang baru dan kemudian menjadi Maharaja Taizong bagi Dinasti Tang.

Walau bagaimanapun, baginda sangat menyanjung tinggi ketokohan Wei Zheng dan memberika kebebasan sepenuhnya kepada beliau. Kemudian baginda melantiknya menjadi pegawai penasihat khas kepada baginda. Wei Zheng pula berusaha sesungguh-sungguh untuk membantu baginda demi membalas budi baginda. Wei Zheng pernah mengemukakan 10 masalah yang perlu diberikan perhatian oleh baginda dan 10 bidang yang baginda tidak boleh mengekalkan sikap tolak ansur. Baginda mengakui semua kesalahan yang dinyatakan oleh Wei Zheng itu dan kadang-kadang membawa surat cadangan Wei Zheng itu untuk mengingatkan diri baginda. Berdasarkan catatan sejarah, Wei Zheng telah mengemukakan cadangan sebanyak 200 kali kepada baginda, yang melibatkan bidang politik, ekonomi, budaya, hubungan luar dan kehidupan pribadi baginda. Oleh itu, baginda sangat menghormati dan juga agak "takut" kepada Wei Zheng. Pada suatu ketika, baginda pernah memiliki seekor helang, dan. baginda sangat suka bermain dengan helang itu. Pada suatu hari, ketika baginda sedang bermain-main dengan helang itu, tiba-tiba Wei Zheng datang. Disebabkan takut dikritik oleh Wei Zheng, baginda segera menyembunyikan helang itu dalam pakaian baginda. Selepas Wei Zheng melaporkan urusannya dan meninggalkan tempat itu, didapati baginda helang itu telah mati kerana tidak dapat bernafas.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China