Opera Shanxi
Opera Shanxi, yang juga dikenali sebagai Opera Bangzi Shanxi ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian tengah provinsi Shanxi serta beberapa kawasan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, provinsi Hebei dan Shaanxi. Dengan menyerapnya unsur seni rakyat tempatan, termasuklah muzik rakyat dan opera Yangge, opera ini menampilkan corak persembahan yang cukup unik.
Muzik yang mengiringi opera Shanxi ini agak lantang dan bertenaga, tetapi sangat segar dan lembut. Penyanyi opera ini pula biasanya menggunakan suara sendiri.
Secara tradisinya, kumpulan persembahan tradisional opera ini terdiri daripada 9 orang pelakon. Alat muzik utama untuk mengiringinya pula ialah Huhu, Erxian (alat muzik Xian yang bertali dua), Sanxian (alat muzik Xian yang bertali tiga)dan Sixian (alat muzik Xian yang bertali empat).