Cari:
Yang Yuhuan, Seorang daripada Empat Wanita Yang Paling Cantik dalam Sejarah China
2010-08-21 14:14:19 CRI Cetak

Yang Yuhuan bersama-sama Xi shi, Wang Zhaojun dan Diao Chan digelar empat wanita yang paling cantik dalam sejarah China. Gadis ini sangat cantik lagi cerdik sejak masih kecil. Dia juga pandai menari, menyanyi dan mahir bermain muzik. Pada umurnya 17 tahun, Yang Yuhuan dipilih menjadi gundik raja Shou, iaitu putera Maharaja Xuanzong Dinasti Tang.

Pada tahun 740, ketika Maharaja Xuanzong melancong ke istana air mineral di Gunung Li, baginda bertemu dengan Yang Yuhuan dan segera tertarik oleh kecantikan menantunya yang luar biasa itu dan mahu wanita ini menjadi gundiknya sendiri. Bagaimanapun, ia dihalang oleh adat kesusilaan. Jadi, baginda memerintahkan menantunya itu supaya berpisah daripada anaknya dan menjadi biarawati dalam istana terlebih dahulu. Lalu, pada tahun 745, Yang Yuhuan diberi gelaran Gundik secara rasmi oleh baginda.

Gundik Yang yang serba boleh ini mendapat kasih sayang maharaja lebih daripada permaisuri. Baginda sering menyanyi atau memainkan alat muzik ketika Gundik Yang menari. Puisi yang ditulis oleh gundik ini juga sangat indah, hingga ke hari ini masih dibaca oleh kalangan rakyat. Menurut ceritanya, "meskipun dalam istana terhadap tiga ribu orang gadis yang cantik, kasih sayang baginda terhadap tiga ribu orang gadis ini dicurahkan kepada gundik ini seorang sahaja." Dengan menggunakan kasih sayang baginda terhadapnya, abang Gundik Yang, iaitu Yang Guozhong telah menjadi Perdana Menteri dalam Dinasti Tang, manakala tiga kakak perempuannya pula diberi gelaran bangsawan.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China