Cari:
Yang Yuhuan, Seorang daripada Empat Wanita Yang Paling Cantik dalam Sejarah China
2010-08-21 14:14:19 CRI Cetak

Disebabkan terlalu asyik dengan kecantikan Gundik Yang, baginda tidak lagi mempedulikan urusan negara. Maka kuasa pemerintahan telah dipegang oleh Yang Guozhong dan Li Linfu. Kedua-dua pegawai yang khianat ini telah memperdaya baginda secara lembut di samping membunuh semua pegawai yang tidak mematuhi arahan mereka. Pemerintahan Dinasti Tang menjadi semakin teruk, hingga mengakibatkan timbul krisis yang besar dalam kalangan masyarakat. Pada tahun 755, An Lushan, seorang Gabenor telah memberontak dengan alasan untuk membunuh Perdana Menteri Yang Guozhong yang khianat itu. Maharaja Xuanzong terpaksa membawa Gundik Yang melarikan diri dari ibu negara. Ketika menuju ke arah Mawei (di provinsi Shaanxi), pasukan tentera pengawal baginda tidak mahu bergerak lagi. Jeneral pasukan tentera tersebut telah membunuh Perdana Menteri Yang Guozhong dan bapanya, dan dia menuntut supaya Gundik Yang dibunuh, barulah pasukannya bersedia mengawal baginda dan menghapuskan pemberontak.

Menurut legendanya, Gundik Yang tidak terbunuh di Mawei, malah telah melarikan diri ke Jepun! Kebenarannya sukar disahkan.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China