Cari:
Persembahan Warisan Budaya Bukan Benda Etnik Minoriti China
2010-09-02 11:48:21 CRI Cetak
Baru-baru ini, satu persembahan istimewa yang bertema "Bangsa China yang Cemerlang" telah diadakan di Beijing. Jadi, dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan dalam persembahan tersebut.

(Persembahan lagu Hai Cai)

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Hai Cai" yang berjudul "Terbanglah Burung Emas dan Perak" yang dinyanyikan oleh penyanyi etnik Yi, Li Huaixiu dan adiknya, Li Huaifu. Lagu "Hai Cai" dicipta oleh orang entik Yi ketika mereka bekerja dan dalam kehidupan mereka seharian. Selalunya lagu jenis ini dinyanyikan oleh teruna dan dara secara berseloka ketika mereka berada di gunung atau di ladang untuk menyampaikan rasa cinta antara mereka. Lirik lagu "Terbanglah Burung Emas dan Perak", antara lain berbunyi, "Bukannya senang bagi kita untuk berjumpa dan menyanyi di atas pentas di Beijing. Muzik dimainkan, kawan-kawan dari merata tempat berkumpul di sini, menyanyi bersama dengan gembira. Walaupun tidak membawa bunga dan arak ke sini, namun kami membawa salam warga etnik Yi kepada kawan-kawan dengan lagu 'Hai Cai' ini."

Persembahan Warisan Budaya Bukan Benda Etnik Minoriti China kali ini dilengkapi dengan 14 buah program, melibatkan projek warisan budaya bukan benda manusia dan projek warisan budaya bukan benda peringkat negara dari provinsi Gansu, Yunan, Hubei dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan tempat-tempat lain.

Seterusnya saya akan menyiarkan persembahan "Sayerhe Etnik Tujia" yang dipersembahkan oleh beberapa orang seniman dan seniwati. "Sayerhe" ialah persembahan tarian dan nyanyian yang popular di kawasan barat provinsi Hubei. Tariannya gagah perkasa dan leluasa, rentaknya rancak. Acara persembahan ini dipilih sebagai kumpulan pertama dalam senarai warisan budaya bukan benda peringkat negara pada tahun 2006. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Gendang dipulu sambil menyanyi, warga Tujia menari Sayerhe. Kami yang tinggal di kawasan pergunungan memang ada kegembiraan sendiri. Hidup kami kian hari kian baik."

Seterusnya saya akan memperkenalkan projek warisan budaya bukan benda peringkat provinsi Yunnan, "Buku Lagu Poya". Poya ialah sebuah kampung etnik Zhuang yang terletak di kawasan barat daya provinsi Yunnan. Dalam sebuah tinjauan budaya, peninjau menemui 81 keping lukisan di kampung itu. Lukisan tersebut merupakan not lagu. Lukisan ini digelar "Buku Lagu". Setiap "Buku Lagu Poya" ini bebas, yakni terpisah daripada yang lainnya. Ia dinyanyikan secara berseloka oleh lelaki dan wanita dalam bahasa etnik Zhuang.

(Buku Lagu Poya)

Sekarang saya akan menyiarkan sebuah lagu daripada "Buku Lagu Poya" yang berjudul "Dapat Bertemu Kerana Suratan Takdir".

Seterusnya saya akan memperkenalkan lagu "Daolang Mukamu". Lagu ini amat popular di kawasan Daolang yang terletak di kawasan aliran sungai Yeerqiang dan sungai Talimu, kawasan barat laut lembah Talimu Xinjiang. Lirik lagunya berdasarkan balada masyarakat etnik Uygur dengan kandungannya yang pelbagai. Setakat ini, terdapat sebanyak 9 unit "Daolang Mukamu", setiap unit terdiri daripada lima bahagian. Lagu yang akan saya siarkan ini dipersembahkan oleh penyanyi wanita. Silalah nikmati.

(Persembahan lagu Dalang Mukamu)

Akhir sekali, silalah nikmati lagu yang dinyanyikan dengan tarian oleh etnik Qiang yang berjudul "Lagu Purba Gunung Qiang". Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyinya dalam beberapa bahagian, ada kalanya dinyanyikan oleh beberapa puluh orang atau beberapa ratus, bahkan lebih seribu orang dengan dua bahagian.

"Lagu Purba Gunung Qiang" terdiri daripada beberapa banyak lagu termasuk "Lagu Membajak", "Lagu Menanam", "Lagu Memotong Gandum" dan lain-lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China