Cari:
Lagu Nyanyian Peng Liyuan
2010-08-24 14:10:12 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh biduanita yang terkenal di China, Peng Liyuan

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Tanah Airku" yang dinyanyikan oleh Peng Liyuan. Lagu ini ialah lagu untuk sebuah filem yang dicipta pada tahun 1950an. Lagu ini menceritakan rasa cinta anggota pasukan tentera terhadap kampung halaman mereka. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Di pinggir sebatang sungai yang lebar, angin menghembus bunga padi hingga keharumannya meliputi kedua-dua tebingnya. Inilah tanah airku yang perkasa, tempat aku membesar. Bumi di sini disinar cahaya suria yang gemilang."

Peng Liyuan ialah sarjana vokal dalam lagu rakyat yang pertama yang terdidik di China. Beliau amat diminati oleh golongan tentera dan orang awam. Ketika berumur 14 tahun, beliau memasuki sekolah menengah di bawah Institut Seni Shandong untuk mengikuti kursus vokal bagi lagu rakyat. Beliau mula berkhidmat untuk pasukan tentera ketika berumur 18 tahun. Kemudian, beliau memasuki Konservatori Muzik China untuk meneruskan pembalajarannya dalam bidang seni muzik selama 12 tahun. Beliau tamat dari Konservatori ini dengan kejayaan yang cemerlang pada tahun 1990 dan berjaya memperoleh ijazah sarjana. Kini, Peng Liyuan ialah "Biduanita Negara Kelas pertama" Jabatan Politik Am Tentera Pembebasan Rakyat China.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Malam di Pangkalan Tentera Laut" yang dinyanyikan oleh Peng Liyuan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Malam di pangkalan tentera laut amat sunyi. Ombak mengombang-ambingkan kapal perang dengan perlahan-lahan. Tentera yang muda tersenyum dalam tidurnya yang nyenyak."

Bermula dari tahun 1980an, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Peng Liyuan, termasuk "Gunung Yimeng, Kampung Halamanku", "Tanah Ladang yang penuh Harapan" dan "Saudara Sekampung" amat disukai oleh para pendengar. Beliau juga pernah menyertai persembahan Opera Nyanyian. Lakonannya yang cukup baik menjadikan beliau tampil sebagai pemenang anugerah sektor nyanyian dan lakonan China yang paling tinggi, iaitu "Hadiah Piring Hitam Emas", "Hadiah Wenhua" dan "Hadiah Meihua".

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Askar dan Ibunya" yang dinyanyikan oleh Peng Liyuan.

Sepanjang lebih 20 tahun kerjayanya sebagai penyanyi angkatan tentera China, Peng Liyuan telah membuat persembahan di lebih 50 buah negara dan kawasan di dunia.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Askar, Adikku".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China