Cari:
Maharaja Taizu Dinasti Song, Melucutkan Kuasa Tentera Para Jeneral dengan Segelas Arak
2010-09-02 13:52:04 CRI Cetak

Zhao Kuangyin dilahirkan pada tahun 927 M. dalam sebuah keluarga pegawai tentera pada zaman pelbagai negeri saling berperang selepas runtuhnya Dinasti Tang. Dengan bakat dan keberaniannya yang luar biasa dalam bidang ketenteraan, wibawanya dalam pasukan tentera menjadi semakin tinggi. Pada tahun 960 M., Chai Rong, Raja Negeri Zhou telah mangkat. Pegawai tentera yang menyokong Zhao Kuangyin telah menyiapkan peralatan diraja untuk beliau lalu menobatkan beliau menjadi maharaja.

Selepas itu, Zhao Kuangyin pun memperbaiki sistem pentadbiran kerajaan pusat dan tempatan untuk mengukuhkan pentadbirannya dan mengumpulkan kuasa pemerintahan negara ke tangan Maharaja. Bermula pada tahun 963, baginda telah menakluk negeri lain satu persatu dan menyatukan kebanyakan wilayah di China.

Untuk mengelakkan kuasa pemerintahannya daripada diambil alih oleh pegawai tentera lain, baginda merancang untuk melucutkan kuasa tentera daripada pegawai tentera yang telah menyokong baginda naik takhta dahulu. Jadi, pada suatu hari, baginda telah mengadakan jamuan dan mengundang semua pegawai tentera yang sudah mesra seperti saudara mara dengan baginda itu untuk bersama-sama minum arak. Dalam jamuan itu, baginda berkata, "Dengan sokongan anda sekalian, barulah saya menjadi Maharaja. Jasa anda sekalian tidak akan dilupakan. Bagaimanapun, sebenarnya beta tidak merasa lebih gembira daripada masa beta masih menjadi gabenor dahulu." Pegawai-pegawai tentera yang hadir bertanya kepada baginda mengapa pula begitu. Kata baginda, "Ini mudah difahami. Adakah orang yang tidak mahu menjadi maharaja?" Para pegawai tentera merasa sangat terkejut dan menyatakan mereka semuanya setia kepada baginda. Namun, baginda berkata, "Meskipun anda sekalian setia, tetapi anda tidak boleh menjamin pegawai di bawah pimpinan anda sekalian juga cukup setia. Mungkin pada suatu hari, mereka juga menyiapkan jubah maharaja dan mahkota untuk anda dan memaksa anda menyingkirkan beta." Para pegawai tentera semuanya berlutut dan meminta baginda memberitahukan penyelesaian yang dapat memuaskan hati baginda. Baginda berkata, "Bagaimana sekiranya anda sekalian melepaskan semua kuasa tentera, dan menikmati kehidupan sebagai orang bangsawan sahaja. Dengan demikian, tiada rasa syak lagi antara beta dengan anda sekalian. Bukankan itu lebih seronok?" Keesokan harinya, pegawai-pegawai tentera itu telah datang seorang demi seorang untuk memohon meletakkan jawatan dengan alasan mereka dihinggapi penyakit. Baginda segera meluluskan permohonan mereka dan memberikan banyak ganjaran kepada mereka.

Dengan demikian, baginda mengambil balik semua kuasa tentera dengan segelas arak sahaja.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China