Cari:
Xunzi, Ahli Fikir yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (8)
2010-09-15 12:07:48 CRI Cetak
Xunzi menegaskan bahawa "kesantunan" merupakan piawaian yang tertinggi bagi menilai sebarang hal dan juga manifesto bagi mentadbir sesuatu negara. Ia wujud di cakerawala untuk selama-lamanya dan tidak dapat diatasi.

Berkait dengan pandangan pendidikan, Xunzi mementingkan peranan yang dimainkan oleh pendidikan dan pembelajaran. Beliau berpendapat pembelajaran amat penting bagi manusia, yang menentukan nasib seseorang setelah dia membesar. Pengetahuan yang luas dan etika yang tinggi diwujudkan melalui akumulasi secara beransur-ansur. Lingkungan bagi pembelajaran tidak terbatas, manakala mereka yang lambat mengikuti pembelajaran pun boleh mencapai kemajuan yang lebih cemerlang daripada mereka yang mula belajar lebih awal. Tujuan "pembelajaran" adalah untuk melakukan amali.

Xunzi sentiasa diiktiraf sebagai seorang tokoh yang penting dalam menyebarkan ajaran Konfusius pada mula-mulanya. Beliau hafal dalam menguasai pelbagai ajaran lain yang dapat dibuktikan oleh Ying Shao dalam bukunya "Feng Su Tong" yang bermaksud kepakaran tentang adat resam. Kata Ying Shao, "Xunzi mahir membaca 'Shi', 'Li', 'Yi' dan 'Chun Qiu'", iaitu buku-buku kesusasteraan klasik yang terkenal di China pada zaman purba.

Wang Zhong, sarjana ajaran Konfusius yang hidup pada zaman Dinasti Qing telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "Xun Qing Zi Tong Lun" yang bermaksud "kumpulan tesis yang lengkap tentang ajaran Xunzi". Beliau berpendapat bahawa ajaran Xunzi, walaupun berpunca dari ajaran Konfusius, memperolehi banyak kelebihan dari pelbagai ajaran lain. Wang Zhong membuat penyelidikan yang teliti terhadap ajaran Xunzi, dan membuat penjelasan yang terperinci terhadap setiap ayatnya. Hasil penyelidikannya telah diterima oleh para penyelidik kitab purba.

Sebagai tokoh ajaran Konfusius dan sasterawan yang cemerlang pada zaman sebelum Dinasti Qin, iaitu sebelum tahun 221 sebelum Masehi, Xunzi diberi kedudukan yang agak tinggi dalam masyarakat China hingga zaman Dinasti Song.

Bagaimanapun, Xunzi mula dipandang rendah, malah diketepikan oleh para ahli teori sejak zaman Dinasti Song. Mereka yang mementingkan ajaran Mengzi, tidak menerima ajaran Xunzi, dan selalu menghapuskan nama Xunzi daripada senarai tokoh ajaran Konfusius.

Bagaimanapun, pemikiran Xunzi tetap mengeluarkan dampak yang besar, baik pada zaman purba mahupun pada zaman kontemporari. Tokoh-tokoh yang dipengaruhi pemikiran Xunzi termasuk Zhang Heng, Wang Chong, Liu Zongyuan, Wang Fuzhi, Dai Zhen, malah pelbagai puak demokratik dalam resolusi terhadap kelas kapitalisme.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China