Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Sungai Mengalir yang Berliku-liku". Lagu ini lagu cinta, iramanya merdu dan menggambarkan rasa cinta teruna terhadap kekasihnya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Sungai mengalir berliku-liku, menyusur rabung gunung satu persatu. Di atas awan, di bawahnya gunung. Kekasihku akan meninggalkanku jauh pergi, mungkin tidak akan kembali lagi. Aku mengeluh sendiri, memandang rabung gunung. Air mata hampir menitis mendengar desir air sungai yang mengalir. Kulihat rumput sudah menghijau di denai sana, di gunung depanku. Aku terlalu merindungimu ketika menggembala kambing". Silalah nikmati lagu "Sungai Mengalir yang Berliku-liku".
Provinsi Gansu terletak di bahagian barat China. Sejarahnya cukup lama dan pemandangan alamnya memang indah. Jalan Sutera yang terkenal itu lalui di wilayah provinsi ini. Di provinsi ini, orang etnik Han, etnik Hui, Tibet, Salar, Dongxiang dan Yugur hidup bersama-sama dengan aman. Namun, bahasa dan adat resam mereka sebenarnya amat berbeza. Mungkin inilah yang menyebabkan lagu rakyat provinsi Gansu ini berbeza-beza dan pelbagai jenisnya.
Sekarang saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Bayu Bertiup". Lagu ini ialah sejenis senandung tradisional. Judulnya tidak membayangkan kandungannya. Lagu yang berirama merdu ini menceritakan perubahan cuaca sepanjang tahun, semata-mata untuk menghiburkan orang ramai di samping memberikan pengetahuan tentang kehidupan mesyuarat seharian. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Bulan pertama kebetulan musim bunga, rumput mula tumbuh. Pesta Qingming jatuh pada bulan ketiga. Ketika ini bunga aprikot mula kembang walaupun bunga pic masih mengkuntum. Bulan kelima, dahan dan ranting membesar. Bulan ketujuh, Pesta Qi Xi pula tiba. Menjelang bulan ke-12, tahun ini akan berakhir dan tibalah masanya untuk menyambut tahun baru lagi."
Antara lagu rakyat Gansu yang pelbagai itu, "Hua'er" ialah sebuah lagu rakyat yang bernada tinggi dan sering dinyanyikan oleh Gansu ketika berada di atas bukit. "Hua'er" selalu dinyanyikan dengan suara sebenar dan ditiru-tiru serentak. Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Hua'er" yang berjudul "Mendaki Gunung untuk melihat Lembah di Bawah". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Mendaki gunung untuk melihat lembah di bawah. Nampak sekuntum peony di lembah itu. Hanya dapat melihat sahaja, tidak mungkin dapat memetiknya."
Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Siapa Tidak Jatuh cinta padamu yang Secantik Bunga Peony". Lagu ini memuja gadis yang cantik umpama bunga peony yang menggambarkan rasa cinta teruna terhadap kekasihnya. Silalah nikmati lagu ini.