Cari:
Biara Tar
2010-09-08 09:28:29 CRI Cetak

Biara Tar terletak di tepi Tasik Qinghai di bahagian barat China dan 26 kilometer dari Bandar Xining, ibu kota Provinsi Qinghai. Biara ini adalah tempat lahir pendeta Tsongkhapa pengasas Gelupa—mazhab yang dikuti oleh paling ramai penganut agama Buddha Tibet. Biara ini mempunyai pengaruh yang besar di kalangan penganut agama Buddha. Ia juga merupakan warisan budaya yang utama di Provinsi Qinghai.

Biara Tar dibina pada tahun 1379 dan bersejarah lebih 600 tahun. Yang sangat menarik, terdapat 8 buah menara putih yang dibina rapi di depan pintu Biara Tar. Menara ini merupakan bangunan mercu tanda biara tersebut. Banyak gerai didirikan di kawasan lapang di hadapan biara tersebut menjual pelbagai jenis barangan kraf tangan. Biara itu dikunjungi ramai pelancong China dan asing.

Di belakang biara ini terdapat sebuah halaman yang kecil. Halaman ini dibina dengan menggabungkan seni bina etnik Han dan etnik Tibet. Atap gentingnya melengkung ke atas berwarna hijau dan biru, bercorak seni bina etnik Han, manakala tiang berwarna merah dan dinding serta jendelanya bercorak seni bina etnik Tibet.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China