Cari:
Lagu Nyanyian Sun Weiliang
2010-09-30 16:47:39 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa lagu yang dinyanyikan oleh biduan daripada angkatan tentera China, Sun Weiliang.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Tanah Air pada Musim Bunga " yang dinyanyikan oleh Sun Weiliang. Lagu ini menceritakan pemandangan tanah air China yang begitu dinamik pada musim bunga.

Sun Weiliang yang berumur 41 tahun dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di timur laut China. Walaupun keluarganya besar dan mempunyai ramai adik-beradik dan mengalami kesempitan hidup, namun itu tidak menghalang Sun Weiliang menjadi dewasa dengan gembira kerana beliau sememangnya suka menyanyi. Nyanyian menjadikan kehidupannya ceria. Sejak kecil, Sun Weiliang bersama teman-teman tetangganya belajar menyanyi menerusi siaran radio. Pada suatu hari, teman tetangganya berkata, alangkah baiknya jika terdapat seorang daripada penduduk di kampung kita penyanyi dalam siaran radio itu. Perkataan ini menjadi benih yang ditanam dalam hati Sun Weiliang untuk menjadi seorang penyanyi.

Semasa sekolah menengah, Sun Weiliang mewakili sekolahnya ke pertandingan penyanyi muda yang diadakan di bandar, dan memperoleh tempat pertama. Kemudian, beliau mula mempelajari seni nyanyian dengan seorang pemuzik. Pada siang hari, dia ke sekolah, manakala pada sebelah malam berguru dengan pemuzik itu, hingga jauh malam barulah pulang. Untuk itu, beliau akan berbasikal sejauh lebih 40 kilometer pada setiap hari. Beliau tidak pernah terlepas mana-mana pelajaran pun selamat 3 tahun itu. Usaha ini membuat beliau mencapai kemajuan dalam bidang seni vokal.

Sekarang saya siarkan lagu "Ibu Sungai Kuning" yang dinyanyikan oleh Sun Weiliang.

Pada tahun 1987, Sun Weiliang menjadi seorang seniman di sebuah pangkalan ujian Tentera Laut China. Kini beliau merupakan seorang penyanyi solo dalam Kumpulan Seni Jabatan Politik Tentera Laut China.

Seterusnya, saya siarkan lagu "Berlayar untuk Kali Pertama". Lagu ini menceritakan bagaimana beliau sebagai anggota tentera laut menaiki kapal perang buat kali pertama dan melalui pelbagai kesukaran untuk memelihara keselamatan perairan laut tanah air.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu lama Sun Weiliang yang berjudul "Itulah Saya". Lagu ini menceritakan tentang rasa rindu saudara setanah air di seberang laut terhadap kampung halaman.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China