Cari:
Sima Guang, Pakar Sejarah Paling Terkenal pada Dinasti Song
2010-09-15 13:41:04 CRI Cetak

Sima Guang dilahirkan pada tahun 1019 M. Beliau rajin belajar ketika masih kecil dan lulus peperiksaan kebangsaan pada umur 20 tahun dan dilantik sebagai pegawai. Ketika menjawat pegawai di kerajaan pusat, beliau telah menyunting pelbagai buku sejarah untuk maharaja.

Pada tahun 1067, Wang Anshi, seorang pegawai kanan dan juga sasterawan terkenal pada zaman itu bercadang supaya Maharaja Shenzong mengadakan pembaharuan politik yang menyeluruh bagi menyelesaikan pelbagai masalah sosioekonomi pada masa itu. Sima Guang menentang cadangan Wang Anshi itu dengan alasan kekurangan perbendaharaan kerajaan. Beliau pula mengeluarkan cadangan pembaharuan sendiri untuk memperbaiki sistem sosioekonomi yang sedia ada.

Disebabkan Maharaja Shenzong juga mempunyai hasrat untuk menguatkan negara dan tentera, baginda menyokong cadangan Wang Anshi. Sima Guang menganggap beliau tidak akan dipentingkan lagi oleh baginda. Oleh itu, beliau meletakkan jawatannya dan menfokuskan penyuntingan buku sejarah "Zi Zhi Tong Jian". Bermula tahun 1065 hingga tahun 1084, Sima Guang menggunakan waktu 19 tahun untuk membaca buku-buku sejarah yang sedia ada serta pelbagai catatan sejarah yang bukan disunting oleh kerajaan. Berdasarkan itulah, beliau telah menyunting buku "Zi Zhi Tong Jian" yang kandungannya meliputi sejarah sepanjang 1362 tahun yang bermula pada zaman "negeri-negeri berperang" (475-221 sebelum Masehi), hingga zaman ""Wudai" (907-960 M). Buku ini mempunyai 294 jilid dengan 3 juta perkataan Tujuannya untuk menyediakan rujukan bagi maharaja ketika melaksanakan pentadbiran. "Zi Zhi Tong Jian" juga merupakan buku sejarah pertama di China yang disunting mengikut tahun.

Pada tahun 1085, Maharaja Shenzong mangkat. Maharaja Zhezong yang berusia belum sampai 10 tahun naik takhta. Ibusuri Gao, iaitu ibunda daripada Maharaja Shenzong telah menguasai pemerintahan. Ibusuri Gao yang sentiasa menentang pembaharuan Wang Anshi melantik Sima Guang menjadi perdana menteri. Dengan sokongan dari Ibusuri Gao, Sima Guang membatalkan dasar pembaharuan Wang Anshi secara menyeluruh. Dalam tempoh semalam lebih setahun selepas Sima Guang memegang pemerintahan kerajaan pusat, beliau membatalkan hampir semua undang-undang baru yang telah dilaksanakan selama 16 tahun sejak pembaharuan Wang Anshi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China