Cari:
Pakaian Etnik Luoba
2010-09-15 13:42:45 CRI Cetak

Orang etnik Luoba kebanyakannya tinggai di Tibet. Etnik ini merupakan etnik yang jumlah penduduknya paling kecil di China pada masa ini.

Ciri-ciri yang istimewa dalam pakaian etnik Luoba ialah ia diperbuat dengan menggunakan bahan serat tumbuhan liar dan kulit haiwan. Wanita etnik Luoba suka memakai baju tanpa kolar dan mempunyai butang di tengah yang dibuat daripada kain rami. Mereka juga suka memakai kulit agak lembu di luar baju tersebut. Skirt yang dipakai oleh wanita etnik Luoba agak ketat. Mereka juga sangat mementingkan hiasan yang dipakai. Selain cincin dan gelang yang dibuat daripada perak atau gangsa, mereka juga memakai berpuluh-puluh kalung mutiara yang berwarna biru dan putih. Pada pinggang mereka juga dihiaskan dengan cangkerang. Barang hiasan yang dipakai mereka biasanya seberat beberapa kilogram dan merupakan tanda harta keluarganya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China