Etnik Hezhe merupakan etnik minoriti yang jumlah anggotanya amat kecil, menjadikannya etnik yang kedua paling kecil di China. Mereka kebanyakannya tinggal di Provinsi Heilongjiang, bahagian timur laut China. Pakaian mereka yang diperbuat dengan kulit ikan telah memperlihatkan kecerdikan mereka untuk menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan menggunakan sumber alam yang ada di sekitar mereka.
Kulit ikan yang disiat akan dikeringkan. Selepas itu, mereka akan memukul kulit ikan tersebut dengan batang kayu sehingga kulit itu menjadi sangat lembut. Kemudian, mereka menjahit kulit itu dengan menggunakan benang yang juga diperbuat daripada kulit ikan. Disebabkan pengaruh etnik Man, yang juga tinggal di bahagian timut laur China, pakaian orang etnik Hezhe ini serupa dengan pakaian mereka, Cheongsam. Bagaimanapun, dengan meningkatnya sisioekonomi mereka, bahan yang digunakan oleh orang etnik ini untuk membuat pakaian sehari-hari juga berubah. Kini, pakaian yang diperbuat dengan kulit ikan hanya disimpan di muzium sebagai warisan kraf tangan.