Cari:
Tao Yuanming, Penyajak Petani yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (1)
2010-09-29 10:27:54 CRI Cetak

Tao Yuanming yang hidup dari tahun 365 hingga 427 Masehi, mempunyai nama kedua "Yuanliang" dan nama ringkas "Qian". Penyajak yang digelar "Tuan Jingjie" ini dikenalpasti dilahirkan di Caisang, Xunyang (bahagian barat daya Kaunti Jiujiang, Provinsi Jiangxi sekarang) pada zaman Dinasti Jin Timur.

Tao Yuanming merupakan penyajak petani yang pertama di China, dan dikenalisebagai "Tuan Ladang dan Taman" sejak beberapa lama, dan beliau dianggap sebagai "nenek moyang" bagi mereka yang bertapa. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai penyajak, tetapi juga sebagai ahli "Ci" dan "Fu" (dua jenis puisi tradisional di China) dan ahli prosa.

Menyentuh tentang susur galur Tao Yuanming, beliau dilahirkan dalam satu keluarga pegawai yang sudah hampir hilang kedudukan dan pengaruhnya. Bapa datuknya, Tao Kan disahkan sebagai pengasas zaman Dinasti Jin Timur dan pernah dilantik menjadi "Sima Besar". Beliau diberi kuasa menangani hal ehwal ketenteraan bagi 8 provinsi, dan memegang jawatan panglima tentera bagi 2 provinsi sehingga dianugerahi gelaran "Gabenor Changsha". Tao Mao dan Tao Yi, iaitu datuk dan bapa Tao Yuanming juga dikatakan pernah memegang jawatan ketua pegawai daerah. Namun, Tao Yi meninggal dunia ketika Tao Yuanming baru berusia 8 tahun. Ibu Tao Yuanming pula ialah anak Meng Jia, seorang sarjana yang tersohor pada zaman Dinasti Jin Timur. Tao Yuanming dan ibunya terpaksa tinggal di rumah datuk Yuanming, iaitu Meng Jia disebabkan hidup mereka susah.

Setelah dewasa, Tao Yuanming memperlihatkan sifat, kegemaran dan peribadi yang agak serupa dengan datuknya. Disebabkan Meng Jia menyimpan banyak buku di rumahnya,  ini amat memudahkan Tao Yuanming menimba ilmu dan mempelajari sejarah.

Riwayat hidup Tao Yuanming boleh dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama ialah sebelum beliau berumur 28 tahun. Tao Yuanming terpaksa hidup dalam belenggu kemiskinan disebabkan ayahnya meninggal ketika beliau masih kecil lagi.

Fasa kedua, iaitu dari umurnya 29 tahun hingga umurnya 41 tahun yang memperlihatkan pengalamannya dalam bidang sastera dan politik.

Fasa ketiga, dari tahun 405 hingga 427 Masehi, iaitu selepas umurnya 41 tahun. Beliau menghasilkan karya yang amat banyak dalam tempoh 20 tahun lebih ini.

Sekarang ini, 125 puisi ciptaan Tao Yuanming masih tersebar di China antaranya 9 buah puisi empat kata dan 115 buah puisi lima kata. Tetapi, puisi empat kata yang dihasilkan oleh Tao Yuanming ini dianggap kurang cemerlang.

Mengenai puisi lima kata yang dihasilkan oleh Tao Yuanming, kita boleh membahagikannya kepada dua kategori, iaitu yang menyuarakan cita-cita dan perasaan penulis mengikut tradisi yang diturunkan dari zaman Dinasti Han dan Wei sebelumnya, dan puisi yang belum pernah wujud pada zaman sebelumnya , iaitu puisi yang memberikan gambaran tentang pertanian dan perkebunan.

Pencapaian Tao Yuanming dalam bidang kesasteraan mula diterima umum dan disebarkan pada zaman Dinasti Tang, malah dipilih sebagai panduan dalam kegiatan menghasilkan puisi. Lebih seratus tahun setelah Tao Yuanming meninggal dunia, Xiao Tong mula mengumpulkan karya-karyanya, lalu menyusunnya menjadi "Kumpulan Karya Tao Yuanming" sebanyak lapan jilid. Beliau telah menulis kata pendahuluan dan penjelasan untuk buku tersebut.

Selepas itu, Yang Xiu, seorang penulis yang hidup pada zaman Dinasti Qi Utara telah menghasilkan dua buku tambahan iaitu "Wu Xiao Zhuan" dan "Si Ba Mu" berasaskan buku Xiao Tong itu. Kemudian beliau menghasilkan pula "Kumpulan Karya Tao Qian" sebanyak sepuluh jilid.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China