Cari:
Tao Yuanming, Penyajak Petani yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (2)
2010-10-03 19:03:21 CRI Cetak

Bab pendahuluan dalam "Kumpulan Karya Tao Qian" versi Yang Xiu didapati hilang pada akhir zaman Dinasti Sui, dan hanya tinggal 9 jilid sahaja dalam kumpulan karya tersebut. Selepas zaman Dinasti Sui, sarjana berlumba-lumba menghasilkan jilid tambahan untuk melengkapi "Kumpulan Karya Tao Qian" kepada sepuluh jilid. Antaranya, Song Yang yang mencetak semula "Kumpulan Karya Tao Qian" yang terdiri daripada sepuluh jilid pada zaman Dinasti Song Utara, yang juga merupakan versi cetakan yang paling awal bagi karya puisi Tao Yuanming.

Pada hakikatnya, pelbagai buku yang menjelaskan tentang karya Tao Yuanming  itu tidak tersebar hingga sekarang. Versi cetakan yang paling awal tentang karya Tao Yuanming yang dapat dibaca pada masa ini hanyalah beberapa versi yang dikeluarkan pada zaman Dinasti Song Selatan hingga zaman Dinasti Yuan, seperti "Kumpulan Karya Puisi Zeng Ji" yang terdiri daripada dua jilid yang dicetak pada tahun ketiga pemerintahan Raja Shaoxi, zaman Dinasti Song Selatan, "Kumpulan Karya Tao Qian" yang terdiri daripada sepuluh jilid yang disimpan dalam Balai Xigu, dan "Puisi Tuan Dongpo dan Tao Yuanming" yang dicetak pada zaman Dinasti Song.

Yang paling awal membuat penjelasan tentang karya Tao Yuanming ialah Tang Han pada zaman Dinasti Song Selatan. Jumlah buku penjelasan tentang karya Yuanming semakin meningkat selepas zaman Dinasti Yuan. Misalnya versi cetakan "Penjelasan tentang Karya Tao Yuanming" yang terdiri daripada sepuluh jilid yang dihasilkan oleh Li Gonghuan pada awal zaman Dinasti Yuan, "Kumpulan Karya Tuan Jingjie" yang terdiri daripada sepuluh jilid yang dihasilkan oleh Tao Pengzhu pada zaman Dinasti Qing, dan "Penjelasan tentang Karya Tao Jingjie" yang terdiri daripada versi "Ou Lou Cong Shu" dan versi "Ceng Bing Tang Wu Zhong" yang dihasilkan oleh Gu Zhi pada zaman kontemporari.

Dalam karya Tao Yuanming, beliau selalu menyatakan rasa bosan terhadap arena politik yang dianggapnya kotor dan masyarakat yang dianggapnya kacau ketika itu, dan menyuarakan rasa cintanya terhadap hidup di desa yang dilihatnya begitu tenang dan selesa.

Dalam puisi "Gui Yuan Tian Ju", Yuanming menggambarkan arena politik sebagai "jaringan" dan menyifatkan mereka yang bertugas dalam arena itu sebagai "burung yang terperangkap" atau "ikan yang dipelihara", sedangkan mereka yang hidup di desa selepas meletakkan jawatan dalam kerajaan diibaratkan sebagai "burung yang terbang kembali ke alam sekitar setelah melepaskan diri dari sangkar".

Berdasarkan pengalaman yang banyak dalam bidang pertanian, Tao Yuanming mampu menyatakan rasa gembira dalam karyanya yang hanya dapat dirasai oleh kaum petani. Ini terbukti dalam bab ketiga "Gui Yuan Tian Ju". Karya Yuanming yang berkait dengan pertanian dan perkebunan dilihat memang mempunyai unsur positif.

Rasa kecewa terhadap keadaan masyarakat ketika itu memaksa Tao Yuanming berusaha mencipta satu lagi masyarakat yang sempurna melalui puisinya. Pemikiran seumpama itu dinyatakan dalam karyanya "Puisi dan Catatan Taohuayuan".

Selain itu, Tao Yuanming juga menghasilkan puisi jenis yang lain seperti yang memuji pejuang yang berani, yang menyatakan rasa patriotik dan yang menunjukkan rasa bosannya terhadap masyarakat ketika itu, sehingga memdedahkan hasratnya untuk bertupa. Kesemuanya ini membuktikan betapa banyaknya jenis karya ciptaan Yuanming.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China