Cari:
Lagu Rakyat Mongol Nyanyian Lasurong
2010-11-10 18:30:36 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat China yang dinyanyikan oleh biduan etnik Mongol yang terkenal, Lasurong.

Sebagai hidangan pertama, saya akan menyiarkan lagu rakyat Mongol yang berjudul "Handeerma" yang dinyanyikan oleh Lasurong. Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang cantik. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Bunga lili merah berkembang indah di serata tempat di kawasan gunung. Bunga yang mekar setiap musim pun tidak dapat menandingi kecantikannya, umpama gadis Handeerma."

Lasurong dilahirkan dalam sebuah keluarga penyanyi di Erduosi, bahagian barat Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada tahun 1947. Ketika masih kanak-kanak, beliau selalu menggembala kambing di padang rumput yang luas sambil mendengar ibunya menyanyi. Oleh sebab Lasurong mempunyai bakat dalam bidang muzik, pada tahun 1960, Lasurong yang baru tamat dari sekolah rendah sudah dipilih menjadi seorang pemuzik kecil dalam kumpulan seni tempatan. Setahun selepas itu, beliau pergi ke Hohhot, ibu kota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan memasuki sebuah sekolah seni di sana untuk belajar menyanyi lagu rakyat.

Lagunya panjang merupakan sejenis lagu tradisi rakyat etnik Mongol, lirik lagunya pendek, tetapi iramanya panjang dan perlahan-lahan. Lagu panjang etnik Mongol ini dikenali sebagai "fosil hidup" muzik di padang rumput. Pada tahun 2005, lagu ini berjaya dimasukkan dalam senarai warisan budaya lisan bukan benda manusia PBB atas permohonan bersama China dan Republik Mongolia.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu panjang yang berjudul "Penggembalaan". Lagu yang telah tersebarsekian lama di China ini memuji-muji keindahan padang rumput di Wilayah Autonomi Mongolia dalam. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Awan putih berarak di langit yang biru, kambing berbulu putih meragut rumput kelihatan seperti perak menghiasi padang rumput."

Melalui pembelajaran yang bersungguh-sungguh, Lasurong segera memperlihatkan bakatnya yang besar dalam bidang muzik. Pada tahun 1969, beliau menjadi penyanyi solo bagi delegasi kerajaan pusat China ke Xinjiang untuk membuat persembahan dalam sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Persembahannya yang berupa sebuah lagu panjang entik Mongol mendapat sambutan yang baik daripada para pendengar, hinggakan beliau digelar "bintang penyanyi muda".

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu rakyat Mongol yang berjudul "Sungai Xilin". Lagu ini memuji-muji sungai Xilin sebagai ibu padang rumput dan menyampaikan rasa cinta kepada kampung halaman.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu pendek etnik Mongol yang berjudul "Senjidema". Lagu yang amat popular di kawasan Erduosi Mongolia Dalam ini, menceritakan betapa cantiknya gadis yang bernama Senjidema dan sekali gus menggambarkan rasa cinta teruna terhadap kekasihnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China