Cari:
Lagu Rakyat Etnik Minoriti China
2010-11-01 14:39:29 CRI Cetak
Dalam rancangan kali ini, saya akan memperkenalkan beberapa buah lagu rakyat etnik minoriti China yang telah dimasukkan dalam senarai warisan budaya bukan benda di China.

"Hua'er" merupakan sejenis seni yang amat popular di bahagian barat laut China, termasuk provinsi Qinghai, Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Lagu "Hua'er" ini iramanya merdu dan nadanya tinggi.

Sekarang saya akan menyiarkan tiga buah lagu "Hua'er" yang dinyanyikan secara berturut-turut oleh Xiang Guoan dan Tong Shourong dengan pimpinan pewaris warisan budaya bukan benda peringkat negara, Ma Delin. Ketiga-tiga buah lagu ini menceritakan tentang kasih yang suci.

Lagu rakyat tiun panjang etnik Mongol dimasukkan dalam senarai "warisan budaya lisan dan bukan benda manusia" PBB pada tahun 2005. Lagu tiun panjang berkait rapat dengan gaya hidup etnik Mongol. Ia banyak menggambarkan cara hidup dan pekerjaan masyarakat entik Mongol serta semangat dan peribadi mereka.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menikmati lagu tiun panjang "Alashan yang Luas dan Subur" yang dinyanyikan oleh pewaris warisan budaya bukan benda peringkat negara yang juga artis kalangan rakyat entik Mongol, Badema. Lagu yang memuji-muji jasa pahlawan yang memelihara keselamatan sempadan tanah air ini, selalu dipersembahkan ketika menyambut apa-apa pesta. Silalah nikmati lagu ini.

Seterusnya saya akan memperkenalkan lagu rakyat etnik Hani, "Menyemai Benih Padi" yang dinyanyikan oleh beberapa kumpulan. Penyanyi utamanya ialah pewaris warisan budaya bukan benda peringkat negara, Ren Chenge dan Chen Xiniang. Masyarakat etnik Hani kebanyakannya tinggal di kawasan barat daya China, dan cara menyanyi dalam beberapa kumpulan ini sudah bersejarah lama di kawasan ini. Persembahan mereka ada yang diiringi alat muzik; ada juga tanpa iringan muzik, namun, kesemuanya berciri tempatan dan berciri etnik Hani yang istimewa. Lirik lagu "Menyemai Benih Padi" ini, antara lain berbunyi, "Burung Belatuk mula menyanyi, menandakan musim bunga tiba, hati kita pun menjadi riang. Anak padi mula menghijau, sawah panas oleh sinaran matahari. Tibalah masanya bagi kita bekerja."

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu Pipa etnik Dong yang berjudul "Merinduimu Hari Demi Hari". Lagu Pipa entik Dong tersebar di kawasan selatan provinsi Guizhou. Kandungannya menceritakan hampir semua aspek kehidupan masyarakat etnik Dong, termasuk sejarah, dongeng, cerita tentang kisah cinta, adat resam dan hubungan anggota masyarakat. Lagu "Merinduimu Hari Demi Hari" ini dinyanyikan oleh pewaris budaya bukan benda peringkat negara , Wu Jiaxing dan Wu Yuzhu.

( Nyanyian Lagu Pipa Etnik Dong)

Akhir sekali, saya akan memperkenalkan lagu "Daolang Mukamu". Lagu ini amat popular di kawasan Daolang yang terletak di kawasan aliran sungai Yeerqiang dan sungai Talimu, kawasan barat laut lembah Talimu Xinjiang. Lirik lagunya berdasarkan balada masyarakat etnik Uygur dengan kandungannya yang pelbagai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China