Kebanyakan orang etnik Bao'an tinggal di Provinsi Gansu bersama-sama masyarakat etnik Dongxiang, Salar dan Hui yang juga beragama Islam. Pakaian sehari-hari mereka juga hampir sama.
Lelaki etnik Bao'an biasanya memakai songkok dan baju yang berwarna putih dan weskot yang berwarna hitam. Wanita etnik Bao'an yang belum berkahwin memakai baju yang berwarna-warni dan juga tudung yang dibuat daripada sutera. Wanita yang sudah kahwin pula memakai kopiah yang berwarna putih jika di rumah. Jika keluar, mereka akan memakai tudung yang berwarna hitam. Wanita tua biasanya memakai tudung yang berwarna putih.