Cari:
Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati Pun Terlihat (Tu Qiong Bi Xian)
2011-01-19 11:08:10 CRI Cetak

Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati Pun Terlihat

Asal Usul:

Pada penghujung zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), negeri Qin mula menunjukkan hasrat untuk menakluk negeri-negeri yang lain demi menyatukan seluruh negara. Pada tahun 228 sebelum Masihi, selepas berjaya menawan sebuah negeri, tentera negeri Qin bersiap sedia pula untuk menyerang sebuah lagi negeri yang bernama Yan. Setelah mengetahui hal tersebut, putera negeri Yan pun menghantar Jing Ke, seorang perajuritnya yang gagah berani, ke negeri Qin untuk membunuh raja negeri Qin.

Untuk mendapatkan kepercayaan raja negeri Qin, Jing Ke telah membawa bersamanya sekeping peta yang terlukis wilayah-wilayah yang paling subur di negeri Yan untuk dihadiahkan kepada baginda. Padahal, sebelum itu, dia sudah menyembunyikan sebilah pisau belati yang sangat tajam di dalam gulungan peta itu.

Setelah tiba di negeri Qin, Jing Ke telah dibenarkan untuk menghadap raja di istana. Maka, dengan penuh hormat, Jing Ke mengeluarkan peta yang dibawanya itu, lalu membuka gulungannya dengan perlahan-lahan. Ketika gulungan peta itu dibuka sepenuhnya, dia segera mencabut keluar pisau belati yang disembunyikannya itu, dan cuba menikam raja negeri Qin. Bagaimanapun, raja itu telah menyelinap ke belakang sebatang tiang yang besar dengan pantas. Pada saat itu, pengawal istana segera bertindak mengepung Jing Ke, dan terus membunuhnya. Berikutan gagalnya rancangan untuk membunuh raja negeri Qin itu, negeri Yan akhirnya tidak terlepas juga daripada ditakluk oleh negeri Qin.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Tu Qiong Bi Xian" atau "Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati Pun Terlihat" ini membawa erti, apa jua niat jahat yang tersembunyi, akhirnya akan terbongkar juga. Ia menasihati kita supaya jangan cuba berbuat jahat, seperti menipu dan mencuri, kerana lambat laun kita pasti menanggung akibatnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China