Cari:
Pekan Kuno Luocheng
2010-10-27 12:47:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pekan kuno Luocheng yang digelar "Noah's Ark" di China ini letaknya 60 kilometer dari bandar Leshan, Provinsi Sichuan. Pekan ini mula dibina pada zaman Dinasti Ming China, iaitu pada tahun 1628. Ini bermakna ia mempunyai sejarah lebih 300 tahun.

Pekan Luocheng ini terletak di puncak sebuah bukit. Jalan utama dalam pekan ini panjangnya 209 meter dan lebarnya 9.5 meter. Jika dilihat dari atas, pekan ini kelihatan seperti sebuah perahu yang berhenti di puncak bukit. Hingga ke hari ini, adat resam orang Sichuan pada zaman Dinasti Ming dan Qing masih dikekalkan dengan baik di sini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China