Cari:
Pakaian Etnik Dulong
2010-10-22 10:59:24 CRI Cetak

Orang etnik Dulong kebanyakannya tinggal di bahagian barat laut Provinsi Yunnan. Menurut tradisi, mereka biasanya memakai baju yang dibuat daripada kapas dan linen serta seluar pendek. Mereka juga memakai sehelai kain linen di luar baju mereka, kain ini disangkut di bahu kiri, dengan lengan kanan terdedah, menakala panah dan keris diikat di pinggang.

Wanita etnik Dulong memakai lingkaran rotan yang berwarna di pinggang mereka. Mereka juga suka memakai pelbagai perhiasan seperti kalung bahkan pelbagai jenis duit syiling yang dibuat daripada perak. Ketika keluar, wanita etnik Dulong biasanya membawa kerau yang dianyam daripada bilah-bilah buluh. Pada masa dahulu, semua orang etnik Dulong berkaki ayam dan tidak mengikat rambut mereka yang panjang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China