Yu
Di China, terdapat peribahasa "Lan Yu Chong Shu", yang berasal daripada cerita tentang seorang lelaki yang tidak pandai langsung memainkan alat muzik Yu, berlagak sebagai salah seorang pemain dalam pancaragam diraja. Ini jelas menunjukkan betapa popularnya alat muzik Yu ini pada zaman purba China.
Bentuk Yu mirip Sheng, sejenis alat muzik tiupan tradisional China yang paling awal menggunakan rid di dunia, tetapi saiznya lebih besar daripada alat muzik tersebut. Bahagian badannya diperbuat daripada buluh, manakala bahagian embrio dan mulut, tempat meniupnya pula diperbuat daripada kayu. Di bahagian bawah badannya dipasang sekeping rid. Lebih dua puluh batang paip buluh yang panjangnya berbeza-beza, dipasang pada bahagian atas embrionya, dengan bentuknya mirip ladam kuda.