Maharaja Yongzheng ialah seorang lagi maharaja yang memberi sumbangan besar kepada kebangsa dan negara China. Yongzheng ialah putera keempat Maharaja Kangxi. Ketika usia Maharaja Kangxi sudah lanjut, perebutan takhta antara putera-puteranya menjadi semakin dahsyat. Yongzheng berusaha supaya tidak bermusuh dengan mana-mana saudaranya, di samping itu, juga berusaha mendapatkan keyakinan daripada ayahandanya. Pada tahun 1722, apabila Maharaja Kangxi mangkat, Yongzheng berjaya naik tahkta.
Pada peringkat awalnya, baginda bersikap cukup sabar terhadap saudara-saudaranya. Hinggalah ke tahun 1724, selepas berjaya menghapuskan pemberontakan di Qinghai dan memperkukuh kedudukannya, baginda terpaksa mengambil tindakan terhadap saudara-saudaranya demi menlenyapkan ancaman yang tersembunyi. Seterusnya, beginda juga menjatuhkan hukuman kepada dua orang pegawai kanan yang telah membantu baginda dalam perebutan takhta dan kemudian telah menjadi terlalu sombong kerana sumbangan mereka yang luar biasa itu. Dengan tindakan-tindakan baginda itu, hak dan kuasa baginda sebagai maharaja meningkat. Ini memudahkan baginda untuk melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pemerintahan dan sosioekonomi.
Baginda memerintahkan agar rakyat dibebaskan daripada kewajiban untuk menyertai pelbagai projek negara yang besar dan berkhidmat dalam tentera, dan memungut cukai mengikut luas tanah yang dimiliki oleh setiap orang. Baginda juga menubuhkan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal negara di bawah pemerintahan baginda asecara langsung, dan dengan itu, tradisi membuat keputusan mengenai pentadbiran melalui perbincangan dalam kalangan ahli keluarga maharaja dan sistem kabinet dulu dibatalkan.
Pada tahun 1726, baginda membuat keputusan untuk mengambil langkah menarik kuasa istimewa bangsawan-bangsawan dari pelbagai etnik minoriti di bahagian barat daya China. Baginda menghantar pasukan untuk menewaskan bangsawan yang berani melawan perintah baginda dan menerima penyerahan kembali kuasa daripada beberapa ramai bangsawandi kawasan tersebut. Menjelang tahun 1732, baginda telah berjaya menubuhkan sistem pentadbiran dari peringkat provinsi ke peringkat kaunti di bahagian barat daya China.
Ketika pembaharuan yang berkesan berjaya mengukuhkan pentadbiran Dinasti Qing dan membangunkan sosioekonominya, pada tahun 1735, Maharaja Yongzheng mangkat secara tiba-tiba di Taman Yuanming.