Etnik Tu kebanyakannya tinggal di kaunti autonomi etnik Tu di bahagian timur Provinsi Qinghai.
Pakaian etnik Tu mengekalkan tradisi berpakaian mereka. Lelaki etnik ini memakai baju putih yang mempunyai bunga bersulam dalam bentuk segi empat di bahagian dadah. Di luar baju ini, mereka suka memakai weskot atau jubah.
Pakaian wanita etnik Tu agak berwarna-warni. Pada lengan baju mereka dijahit lima lingkaran kain yang berwarna merah, kuning, hijau, biru dan ungu. Mereka memakai skirt dan seluar. Gadis remaja suka memakai skirt yang berwarna merah, manakala wanita yang sudah berumur akan memakai skirt yang berwarna biru. Warna seluar pada sebahagian di bawah lutut pula menjadi tanda untuk membezakan sama ada wanita ini sudah berkahwin atau belum. Yang merah menandakan wanita ini belum berkahwin dan yang biru menandakan wanita ini sudah berkahwin.