Lukisan dalam botol merupakan sejenis kraf tangan tradisi China. Biasanya tukang yang mahir akan menggunakan berus yang sangat halus untuk melukiskan gambar di dalam botol yang dibuat daripada kaca, kristal atau ambar. Seni ini amat popular di kawasan Beijing, Shandong, Guangdong dan Hebei.
Antara kesemuanya, lukisan dalam botol dari Hebei paling terkenal dan telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda negara. Tempat asal seni ini di Hebei, iaitu Hengshui telah digelar "kampung lukisan dalam botol" oleh Kementerian Budaya.