Etnik Yugur ialah antara etnik minoriti di China yang bilangan ahlinya agak kurang, iaitu lebih sedikit seratus ribu orang sahaja. Orang etnik Yugur kebanyakannya tinggal di provinsi Gansu, bahagian barat China. Kehidupan mereka bergantung pada penternakan, penggembalaan dan pertanian. Orang etnik Yugur suka menunggang kuda dan memanah.
Oleh sebab, budaya etnik Yugur ini, terutama sejarahnya tidak diwarisi melalui tulisan, malah hanya diwarisi oleh penyanyi kalangan rakyatnya menerusi lagu yang dinyanyikan oleh mereka, maka, seni dan sastera kalangan rakyat etnik ini amatlah cemerlang. Antaranya, ada lagu rakyatnya yang mengekalkan ciri-ciri lagu rakyat etnik Yugur pada zaman purba.
Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Yugur yang berjudul "Orang Etnik Yugur Datang Dari Xizhihazhi". "Xizhihazhi" yang disebut dalam lagu ini dikatakan merujuk pada kawasan Kashi dan Hetian, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sekarang; ada juga yang mengatakan ia ialah kawasan di sebelah barat kedua-dua tempat tersebut. Di manakah letaknya "Xizhihazhi" akan terus dikaji oleh ahli sains, tetapi lagu ini benar-benar menggambarkan sejarah perpindahan entik Yugur yang bukan main susahnya. Silalah nikmati lagu ini.
Orang etnik Yugur suka menyanyi, dan nyanyian memainkan peranan yang amat penting dalam hidup mereka. Pepatah etnik Yugur ada menyatakan, "Ketika aku tidak dapat membangunkan wajah kampung halamanku, bahasa etnik aku tidak akan kulupakan; ketika bahasa etnik aku pun tidak kuingat, lagu kampung halaman aku tidak akan kulupakan." Di padang rumput kawasan etnik Yugur ini, lembu dan kambing yang diternak mereka amatlah banyak, hingga tidak terkira jumlahnya, dan nyanyian yang merdu oleh orang etnik Yugur akan kedengaran pada bila-bila masa.
Sekarang, saya akan menyiarkan lagu etnik Yugur yang berjudul "Penggembala", lagu yang menceritakan tentang kehidupan penggembala.
Lagu etnik Yugur melibatkan pelbagai bidang kehidupan, iramanya merdu dan rentaknya rancak, amat berciri etnik. Lagu etnik Yugur dibahagikan kepada lagu rakyat timur dan lagu rakyat barat, mengikut kawasan kediaman mereka yang berbeza. Biasanya lagu rakyat timur lebih rancak dan terbuka, manakala lagu rakyat barat kedengaran lebih lembut dan perlahan-lahan.
Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu rakyat barat etnik Yugur yang berjudul "Aku Gadis Etnik Yugur". Lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang gadis etnik Yugur yang cantik dan rajin, malah memuji-muji orang etnik Yugur yang berbudaya dan pandai bertempur, pandai bercucuk tanam dan juga memanah.