Cari:
Opera Tempatan Provinsi Liaoning: Opera Liaonanxi atau Yingdiaoxi
2010-11-10 14:45:14 CRI Cetak

Opera Liaonanxi, yang juga dikenali sebagai Yingdiaoxi dari kawasan selatan provinsi Liaoning ini, merupakan jenis opera yang paling "muda" di provinsi tersebut. Opera ini dikatakan terbentuk pada tahun 1950-an berdasarkan seni wayang kulit tempatan.

Watak utama dalam opera ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu Sheng (watak lelaki), Dan (watak wanita), Jing (watak lelaki dengan muka yang berlukis) dan Chou (watak jenaka). Alat muzik utama yang mengiringinya pula agak banyak, termasuklah Sixian (alat muzik Xian yang bertali empat), Yangqin, Sanxian (alat muzik Xian yang bertali tiga), Gaohu, Pipa, Guan, Sheng, Suona dan Banhu.

Setakat yang diketahui, terdapat lebih daripada 60 buah cerita yang selalu dipersembahkan dalam opera ini

Pada tahun 2002, nama opera ini telah ditukar dengan rasminya kepada Opera Liao.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China