Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Lu Jihong
2010-12-08 15:12:11 CRI Cetak

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Gansu yang berjudul "Shiduihua" yang dinyanyikan oleh Lu Jihong. "Duihua" ialah sejenis senandung yang amat popular di kalangan rakyat di China. Penyanyi berseloka tentang nama bunga untuk menguji kecerdasan, menyebarkan pengetahuan dan berhibur bersama-sama. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Aku menyanyi sendiri, siapa dapat memberikan jawapan. Apa jenis bunga berkembang pada bulan pertama menurut kalendar China. Aku dapat memberikan jawapan, itulah bunga lampu yang berkembang pada bulan pertamanya."

Lu Jihong adalah antara biduan yang berbakat besar dalam bidang muzik dan semakin dimanati ramai di China beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau dilahirkan di provinsi Gansu, barat laut China. Ketika masih kecil, beliau sudah terbayang akan laut dan ingin menjadi anggota tentera laut. Lagu yang pertama yang dipelajarinya pun berjudul "Aku Cinta pada Laut yang Begitu Biru". Mungkin sejak itulah nasibnya ditakdirkan berhubung dengan laut dan tentera laut.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu rakyat Gansu yang berjudul "Air Mengalir" yang dinyanyikan oleh Lu Jihong. Lagu ini lagu cinta yang mengharukan, menceritakan tentang rasa rindu seorang teruna terhadap kekasihnya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Kelihatan air sungai mengalir dari gunung ke gunung. Awan berarak di puncak gunung. Kekasihku meninggalkan kampung halaman, tidak diketahui bila akan pulang. Aku resah di pinggi gunung, air mata mengalir deras, kedengaran umpama sungai mengalir."

Lu Jihong benar-benar mencurahkan perasaannya ketika menyanyi. Beliau bukan sahaja pernah merakamgan lagu tema untuk beberapa siri drama TV, malah juga pernah menyertai persembahan opera dan drama muzik,

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Xinjiang yang berjudul "Shadai". Lagu ini juga lagu cinta yang menceritakan tentang rasa cinta teruna terhadap gadis yang bernama Shadai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China