Cari:
Album Lagu Nyanyian Yan Weiwen 1
2010-12-20 11:22:10 CRI Cetak

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Awariguli" daripada album Yan Weiwen ini. Lagu ini lagu rakyat etnik Uygur Xinjiang yang menceritakan tentang seorang teruna yang menunggang kuda sambil menyanyi dengan iringan alat muzik Rewap untuk kekasihnya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Aku menunggang kuda sambil menyanyi, melalui Yili dan berjumpa dengan Awariguli yang cantik. Siapa pun tidak dapat menandingi kecantikamu. Aku daki gunung Tianshan, aku rentasi padang pasir, barulah dapat bertemu denganmu Awariguli yang cantik. Engkau yang aku cari, Awariguli yang cantik."

Yan Weiwen ialah biduan yang terkenal di China. Beliau dilahirkan di provinsi Shanxi, tempat yang dikenali sebagai "kampung lagu rakyat". Beliau berminat pada lagu rakyat sejak kecil lagi. Sejak beliau menjadi seorang penyanyi, 30 tahun lalu, beliau telah merantau ke merata-rata tempat di China. Hal ini bukan sahaja membantu meluaskan pandangannya, malah juga memberikan inspirasi kepada persembahan beliau. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghasilkan beberapa album lagu rakyat, antaranya termasuk album yang berjudul "Lagu Cinta Kawasan Barat China" ini.

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Kazak daripada album ini yang berjudul "Gadis yang Jelita". Dalam lagu ini, gadis diibaratkan "matahari yang terbiat pada waktu pagi", "dewi di syurga" dan "bunga yang mekar".

Album lagu rakyat yang berjudul "Lagu Cinta Kawasan Barat China" yang dihasilkan oleh Yan Weiwen ini mengandungi 13 buah lagu cinta yang amat popular di Xinjiang, Qinghai dan kawasan barat laut China yang lain. Lagu yang dinyanyikan oleh Yan Weiwen dengan suaranya yang merdu ini mampu membawa para pendengar untuk menghayati Gunung Tianshan yang indah, Turpan yang makmur dan tasik Qinghai yang jernih, di samping merasakan kemesraan masyarakat pelbagai etnik di sana, rasa cinta yang manis, keikhlasan dan kehidupan mereka yang berwarna-warni.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu rakyat Qinghai yang berjudul "Bulan Terbit Separuh Mukanya". Lagu yang romantik ini iramanya merdu.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Kazak yang berjudul "Dudaer dan Maliya". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Maliya umpama sekuntum bunga mawar. Suatu ketika aku memburu di gunung dengan menunggang kuda. Suaramu menyanyi cukup mengasyikkanku hingga aku jatuh dan terguling-guling di kaki gunung. Dudaer, teruna Kazak yang gagah, berilah kudamu makanan yang cukup dahulu. Datanglah ke rumahku dengan merentasi sungai dan membawa alat muzik Dongbula. Ketika bulan terbit, mainkanlah alat muzikmu dan kita menyanyi bersama-sama di bawah pokok."

Album "Lagu Cinta Kawasan Barat China" bertemakan cinta yang suci, kehidupan yang bahagia dan masa depan yang cerah.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Xinjiang yang berjudul "Aku Tunggukan Hingga ke Pagi". Lagu ini menceritakan tentang kisah seorang teruna menunggu kekasihnya di tebing sungai dari malam hingga ke pagi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China