Cari:
Lagu Lagu Nyanyian Yan Weiwen 2
2010-12-29 15:21:15 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan meneruskan pengenalan tentang biduan China yang terkenal, Yan Weiwen, dan beberapa buah lagu daripada album lagu rakyat "Lagu Cinta Tanah Kuning" yang dinyanyikan oleh beliau.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Shanxi yang berjudul "Bunga Pic yang Merah dan Bunga Aprikot yang Putih" daripada album ini. Lagu ini antara lagu rakyat yang paling berunsur kedaerahan bagi kawasan Zuoquan, Shanxi. Dalam lirik lagunya, setiap ayat dimulakan dengan nama bunga dan diikuti dengan pernyataan rindu terhadap kekasih.

Yan Weiwen yang tamat dari kursus ijazah sarjana di Konservatori China ini, pandai belajar daripada kelebihan penyanyi lain, dan berjaya menggabungkan gaya menyanyikan lagu rakyat China dengan gaya menyanyikan barat hingga membentuk gaya menyanyinya yang istimewa dan tersendiri.

Yan Weiwen dilahirkan di provinsi Shanxi. Beliau amat berminat pada lagu rakyat kampung halamannya. Jadi, dalam album "Lagu Cinta Tanah Kuning" ini, album lagu rakyat kedua yang dihasilkannya, beliau telah mengumpulkan banyak lagu rakyat Shanxi.

Sekarang kami akan menyiarkan lagu rakyat Hequ, Shanxi yang berjudul "Rindu Memang Menyedihkan". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Walaupun dipisahkan oleh gunung dan sungai, tetapi nyanyian lagu rakyat dapat merapatkan hati pasangan yang sedang bercinta. Aku merinduimu dari pagi hingga ke petang, dari malam hingga ke pagi. Hanya dapat melihat bintang sahaja, aku tidak dapat berjumpa denganmu. Perasaan sedih menjelma dalam hatiku."

Dalam album "Lagu Cinta Tanah Kuning" yang mengumpulkan 15 buah lagu ini, 12 buah daripadanya adalah lagu rakyat Shanxi dan bakinya adalah lagu rakyat Shaanxi. Lagu-lagu tersebut adalah lagu cinta klasik, ada juga yang menceritakan tentang perkembangan hidup di kawasan desa. Yan Weiwen menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan mengekalkan gaya lagu rakyat yang asalnya.

Saudara pendengar, seterusnya saya akan menyiarkan lagu rakyat Shaanxi yang berjudul "Ganshengling". "Shengling" ialah gelaran yang diberikan oleh penduduk di kawasan utara Shaanxi kepada binatang ternakan. "Ganshengling" bermakna mengangkut barang untuk orang lain dengan menggunakan binatang ternakan. Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang menunggu kekasihnya ditepi jalan. Kekasihnya sudah pergi lebih dahulu kerana mengangkut barang untuk orang lain.

Yan Weiwen telah mencurahkan tenaga dan masa yang banyak untuk menghasilkan album "Lagu Cinta Tanah Kuning". Contohnya, lagu "Merinduimu" sahaja telah dirakam dengan memakan masa selama tiga hari.

Sekarang marilah kita bersama-sama menikmati lagu ini yang dinyanyikan oleh Yan Weiwen dengan biduanita, Tan Jing yang juga berasal dari provinsi Shanxi.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu rakyat Zuoquan, Shanxi yang berjudul "Kekasihku Mencuci Pakaian di Tebing Sungai". Lagu yang menceritakan kisah gadis yang mencuci pakaian di tebing sungai ini menyampaikan rasa cinta teruna kepada kekasihnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China