Cari:
Hujia
2010-12-06 10:21:46 CRI Cetak

Hujia

Hujia, yang juga dikenali sebagai Chao'er atau Maodunchao'er ini, ialah sejenis alat muzik tiupan klasik yang sangat popular di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam serta kawasan Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.

Alat muzik Hujia ini dikatakan dicipta pada zaman Dinasti Qin dan Han, iaitu antara tahun 221 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi. Pada asalnya, ia diperbuat daripada daun mensiang yang digulung berbentuk kon. Dalam sejarah, Hujia pernah digunakan dalam peperangan. Pada zaman Dinasti Han Barat, iaitu antara tahun 202 sebelum Masihi hingga tahun 9 Masihi, ia sudah berkembang menjadi sejenis alat muzik yang sangat disukai oleh penduduk di Xinjiang dan Mongolia Dalam.

Dengan perkembangan masyarakat, alat muzik ini semakin banyak jenisnya. Antaranya, Hujia berlubang tiga yang diperbuat daripada kayu dan paling digemari oleh kaum penggembala biasa. Pada tahun 1985, Hujia jenis ini telah ditemui di kawasan Altay. Oleh itu, ia diberi nama "Hujia Altay". Panjangnya 58.5 sentimeter, manakala garis pusat bahagian badannya kira-kira 1.8 sentimeter. Pada bahagian bawahnya pula ditebuk tiga lubang bunyi yang berbentuk bulat.

Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik ini sangat lembut, tetapi padat dan bertenaga. Ia lebih sesuai untuk memainkan muzik etnik Mongol.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China