Cari:
Lin Zexu, Pahlawan Yang Larangkan Madat di China
2010-12-03 10:48:36 CRI Cetak

Lin Zexu dilahirkan pada tahun 1785. Beliau pernah bertugas sebagai pegawai kanan di Beijing, Jiangsu, Zhejiang, Hunan, Hubei, Guangdong, Guangxi dan di pelbagai tempat yang lain pada zaman Dinasti Qing. Ketika bertugas di tempat-tempat tersebut, Lin Zexu sentiasa jujur lagi lurus. Beliau rajin menguruskan hal-hal pentadbiran, dan berjuang untuk kepentingan rakyat. Oleh itu, beliau sangat dihormati dan disegani oleh rakyat.

Pada masa itu, disebabkan lebihan perdagangan luar China amat besar, ramai pedagang dari luar negara telah menyeludupkan madat ke China. Akibatnya, orang China yang ketagihan madat menjadi banyak dan terpaksa membayar wang terus menerus kepada pedagang asing. Lin Zexu telah menyedari bertapa seriusnya keadaan tersebut dan cuba melarang dengan tegas penyeludupan madat ke China. Beliau menyatakan, jika madat tidak dilarang dengan keras, beberapa puluh tahun kemudian, China tidak akan mempunyai askar yang mampu melawan penceroboh dari luar lagi, dan kerajaan pula tidak akan ada wang untuk mentadbir negara.

Pada tahun 1838, Maharaja Daoguang melantik Lin Zexu menjadi pegawai khas ke Guangdong untuk melaksanakan larangan penyeludupan madat di sana. Lin Zexu terus mengarahkan supaya ditutup semua kedai menghisap madat, membicarakan pedagang China yang mengawal perdagangan luar, dan mengarahkan mereka supaya menyampaikan larangan menyeludup madat kepada para pedagang asing. Lin Zexu memerintahkan supaya semua pedagang asing menyerahkan semua madat yang disimpan oleh mereka dan meminta mereka menjamin tidak akan membawa madat ke China lagi. Langkah yang diambilnya itu mendapat tentangan yang keras daripada pegawai perdagangan Britain di China. Bagaimanapun, Lin Zexu terus bertindak tegas dengan merampas lebih 20 ribu peti madat yang dimiliki oleh pedagang asing ketika itu. Pada tahun 1839, beliau membakar semua madat yang dirampasnya itu di pantai Humen. Dalam tempoh 20 hari, sebanyak kira-kira 1.7 juta kilogram madat telah dibakar oleh Lin Zexu. Disebabkan mengalami kerugian yang besar, Britain telah menyerang dan menceroboh negeri terhadap China pada tahun 1840. Lin Zexu ditugaskan untuk memimpin tentera China untuk menentang pencerobohan Britain di Guangdong. Beliau melatih tentera kerajaan dan juga kumpulan bersenjata penduduk tempatan, juga membeli beberapa banyak senjata dari luar negara untuk bertermpur dengan pasukan Britain. Bagaimanapun, disebabkan perbezaan yang besar antara kekuatan tentera kedua-dua pihak itu, tentera China telah tewas, dan Lin Zexu dipecat daripada jawatannya dan diusir ke Xinjiang.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China