Ukiran batu Qingtian mempunyai sejarah yang lama. Menurut hasil penyelidikan arkeologi, ia berasal dari zaman dinasti Shang (1600-1046 Sebelum Masehi). Sejak abad ke-19, ukiran ini banyak kali memenangi hadiah dalam pelbagai pameran antarabangsa. Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China, ukiran batu Qingtian in kerap kali dipilih sebagai cenderamata bagi pemimpin-pemimpin luar negara.
Pada tahun 1996, Qingtian, Zhejiang telah diberi gelaran "kampung ukiran batu China" oleh Dewan Negara China.