Cari:
Niujiaoqin
2010-12-13 09:57:40 CRI Cetak

Niujiaoqin ialah sejenis alat muzik bertali yang sangat popular dalam masyarakt etnik Tibet yang tinggal di Kaunti Maqu di bahagian selatan provinsi Gansu. Alat muzik ini mendapat nama yang sedemikian kerana pada asalnya, ia diperbuat daripada tanduk lembu liar. Melalui evolusi, kini, bentuknya telah banyak berubah. Biasanya ia diperbuat daripada kayu.

 

Struktur Niujiaoqin amat ringkas. Pemegangnya, panjangnya kira-kira 70 setimeter, dan dipasang dengan beberapa utas tali yang diperbuat daripada bulu ekor kuda. Kotak resonansnya yang panjangnya 15 sentimeter dan lebarnya 13.5 sentimeter, ditutup dengan kulit lembu. Pada kotak resonans ini pula ditebuk dua lubang yang kecil secara simetri untuk membesarkan bunyi.

Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik ini lembut dan halus, amat merdu didengar. Ia biasanya dimainkan untuk persembahan solo.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China