Cari:
Opera Tempatan Provinsi Jilin: Huanglongxi
2010-12-07 10:49:35 CRI Cetak

Huanglongxi, sejenis opera tempatan yang dicipta pada tahun 1950-an ini, berasal dari Kaunti Nong'an, bandar Changchun, provinsi Jilin, di bahagian timur laut China. Opera ini mendapat nama yang sedemikian kerana nama asal Kaunti Nong'an itu ialah Huanglongfu, sebuah bandar yang sangat terkenal dalam sejarah China.

Watak utama dalam opera ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Sheng (watak lelaki), Dan (watak wanita) dan Chou (watak jenaka). Corak persembahan, cara solekan dan kostumnya dikatakan telah menyerapkan unsur-unsur Opera Peking. Cara menyanyinya pula terbentuk berasaskan seni wayang kulit dari bahagian timur laut, dengan menyerapkan unsur-unsur muzik rakyat tempatan.

Cerita "Fan Li Hua"

Ceritanya yang paling popular ialah "Fan Li Hua", yang mengisahkan cerita tentang seorang pahlawan wanita dalam sejarah China yang berani menentang pemerintahan Dinasti Tang untuk menuntut bela terhadap kematian suaminya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China