Cari:
Album"Lagu Cinta Tanah Merah" yang Dihasilkan oleh Yan Weiwen
2011-01-06 17:35:55 CRI Cetak

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Guizhou yang berjudul "Cahaya Suria Menyinari Batu" yang dipersembahkan oleh Yan Weiwen. Lagu ini lagu cinta. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Cahaya suria menyinari batu, kelihatan umpama bunga emas dan bunga perak berkembang. Aku tidak suka pada bunga emas dan bunga perak, hanya mencintaimu, gadis yang cantik."

Yan Weiwen ialah seorang penyanyi dari pasukan tentera. Beliau amat disukai oleh pendengar kalangan rakyat dan kalangan tentera. Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berusaha mengumpul lagu rakyat yang asli dan menghasilkan album lagu rakyat termasuk "Lagu Cinta di Kawasan Barat", "Lagu Cinta Tanah Kuning" dan "Lagu Cinta Tanah Merah". Yang kami siarkan dalam rancangan hari ini ialah album "Lagu Cinta Tanah Merah" yang ketiga dihasilkannya.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Menggembala Kuda" yang juga terdapat dalam album tersebut. Lagu ini lagu rakyat Yunnan yang amat popular. Ketika menyanyikan lagu ini, Yan Weiwen tidak mengikut sepenuhnya cara menyanyi yang asal bagi lagu ini, sebaliknya beliau menambah gaya RAP dalam persembahannya untuk menggambarkan sifat periang penggembala kuda.

Di kawasan barat daya China, di tanah yang berwarna merah itu tinggal masyarakat Han dan banyak etnik minoriti termasuk Miao, Dong dan Buyi. Album "Lagu Cinta Tanah Merah" ini, mengandungi 12 buah lagu rakyat provinsi Guizhou dan Yunnan dari kawasan itu. Selain lagu rakyat yang sering didengar oleh pendengar, ada juga lagu rakyat dari filem tahun-tahun 1960-an di samping lagu rakyat etnik minoriti.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Buyi di Guizhou yang berjudul "Bunga Berwarna Merah Bunga Terbaik". Muziknya merdu dan lirik lagunya menceritakan rasa cinta masyarakat etnik Buyi terhadap alam.

Untuk menghasilkan Album "Lagu Cinta Tanah Merah" ini, muzik, gaya menyanyi dan cara merakam bagi setiap buah lagu telah diubahsuai walaunpun ciri-ciri asal lagu rakyat itu dikekalkan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Yunnan yang berjudul "Lagu Cinta di Jalan Chamagudao". "Chamagudao" ialah laluan perdagangan yang menghubungkan rakyat daripada golongan masyarakat Han dan Tibet di kawasan pergunungan di barat dayat China pada zaman purba. Lagu yang amat popular di kawasan laluan ini menceritakan cerita cinta antara teruna yang mengangkut barang dengan kekasihnya.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu rakyat etnik Miao yang berjudul "Lagu Fei". "Fei" dalam dialek etnik Miao bermakna "melaung". Masyarakat etnik Miao, kebanyakannya tinggal di kawasan pergunungan. Kampung mereka, walaupun dapat dilihat antara satu sama lain, tetapi jaraknya amatlah jauh. Hanya dengan melaung barulah dapat didengar suara antara satu sama lain. Berlatarbelakangkan keadaan tersebut, muncullah "Lagu Fei". Rentaknya cepat dan nadanya tinggi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China