Cari:
Tao Yuanming, Penyajak Petani yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (14)
2010-12-29 20:46:36 CRI Cetak
Wang Anshi memberikan penilaian terhadap empat ayat tersebut dengan berkata, "tiada puisi yang secemerlang keempat-empat ayat tersebut sejak adanya panggilan 'penyajak'. Tuan Yuanming mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menggunakan perkataan, dan karyanya cemerlang sehingga beliau boleh dianggap penyajak yang paling gemilang pada zaman Dinasti Jin dan Song."

Su Dongpo, sasterawan yang tersohor pada zaman Dinasti Song, telah menghasilkan sebuah karangan yang bertajuk "Surat kepada Su Zhe" dan menyatakan pandangannya tentang Tao Yuanming dalam karangan tersebut. Beliau berkata: "Tiada penyajak yang aku sanjung tinggi, kecuali Tao Yuanming. Karyanya tidak begitu banyak, tetapi gambaran yang ditunjukkannya indah, manakala pandangannya luas. Penyajak-penyajak yang tersohor seperti Cao, Liu, Bao, Xie, Li dan Du, tidak sehebatnya."

Su Dongpo telah memberikan penilaian yang lebih tinggi kepada Tao Yuanming daripada yang diberikan kepada Li Bai dan Du Fu. Ini kelihatan seolah-olah kurang tepat. Namun, sebenarnya beliau membuat rumusan yang agak tepat terhadap gaya sastera karya Yuanming dengan menggunakan perkataan "menunjukkan gambaran yang indah dengan menyatakan pandangan yang luas." Su Dongpo menganggap Tao Yuanming sebagai contoh belajar untuk seumur hidup, dengan bukan sahaja menunjukkan minat kepada karyanya, tetapi juga memberikan penghormatan tinggi kepada maruah yang dimiliknya.

Dalam "Surat kepada Su Zhe", karangan yang dihasilkannya pada usia tuanya, Su Dongpo berkata,"Saya berasa malu jika dibandingkan dengan Tao Yuanming. Pada usia tua sekarang ini, saya masih mahu belajar lagi daripada beliau, tak kirawalau sedikit pun."

Suara seseorang boleh didengar hingga di tempat jauh jika bercakap di lokasi yang tinggi. Ouyang Xiu, Wang Anshi dan Su Dongpo yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang kesusasteraan pada zaman Dinasi Song Utara, bersungguh-sungguh memuji Tao Yuanming dan karyanya, sehingga dapat membantu memastikan dan meningkatkan kedudukan Tao Yuanming dipastikan dan ditingkatkan dalam sejarah sastera China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China