Cari:
Tao Yuanming, Penyajak Petani yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (15)
2011-01-05 08:59:50 CRI Cetak

Penyajak patriotik yang hidup pada zaman Dinasti Song Selatan, Xin Qiji sering belajar daripada karya Tao Yuaning dan menganggap beliau sebagai "kawan rapat"nya ketika menemui jalan buntu dalam mencapai cita-citanya. Beliau sering menyatakan kesalnya kerana tidak berpeluang menyumbangkan tenaga untuk menyatukan tanah air.

Dalam satu puisi yang bertajuk "Shui Long Yin" yang dihasilkannya, Xin Qiji menulis kata-kata seperti berikut, "Aku yakin, tokoh yang sudah meninggal ini, jika beliau hidup sekarang ini, pasti kelihatan semangat patriotiknya yang berapi-api."

Xin Qiji telah menghasilkan puisi sebanyak 626 buah, dengan 60 daripadanya, iaitu hampir 1/10 daripada keseluruhan, mempunyai sedikit sebanyak hubungan dengan karya Yuanming dengan memetik perkataannya, atau membuat analogi dari karyanya atau memuji semangatnya.

Dalam puisinya "Nian Nu Jiao", Xin Qiji menyifatkan hanya Tao Yuanming seorang sahaja yang patut dihormatinya kerana beliau beretika tinggi, mempunyai kegemaran yang begitu santai dan istimewa dengan menanam bunga kekwa di tepi pagar, sambil menyuarakan pandangan yang kritikal terhadap masyarakatnya. Maksudnya, Xin Qiji memberikan penilaian yang tertinggi kepada penyajak ini berbanding dengan penyajak lain yang hidup pada zaman sebelum itu.

Pada zaman Dinasti Yuan, Dinasti Ming dan Dinasti Qing, malah pada zaman kontemporari, rakyat China terus memberikan penghargaan yang tinggi kepada karya Tao Yuaning yang sudah wujud pada zaman Dinasti Song Utara dan Dinasti Song Selatan itu.

Karya ciptaan Yuanming dan etika yang dimilikinya telah mempengaruhi ramai sasterawan yang cemerlang yang hidup pada zaman berikutnya seperti Li Bai, Du Fu, Bai Juyi, Su Dongpo dan Xin Qiji. Tao Yuanming boleh dikatakan telah memberikan sumbangan yang besar dalam mengembangkan dan mewarnai kesusasteraan China pada zaman purba.

Lima puisi "Gui Tian Yuan Ju" yang dihasilkan oleh Yuanming merupakan karya utamanya dalam bidang puisi pertanian dan perkebunan. "Sho Wu Shi Su Yun", salah satu daripada lima puisi tersebut, telah dimasukkan dalam teks bahasa dan sastera untuk pelajar sekolah menengah. Puisi yang bertemakan pemandangan kampung ini, sebenarnya bertujuan menyatakan rasa santai yang dinikmati oleh penulis ketika tinggal di kampung, dan rasa kesalnya tentang hidupnya yang lalu yang mementingkan kerjaya politik.

Puisi ini begitu menarik, hingga kita benar-benar dapat menikmati suasana yang digambarkannya, sekali gus kandungan yang hendak disampaikannya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China