Cari:
Opera Tempatan Provinsi Jilin: Errenzhuan
2010-12-14 10:53:45 CRI Cetak

Errenzhuan, atau "Pertunjukan Dua Orang" dalam bahasa Melayu, merupakan sejenis seni opera rakyat yang bercorak seloka, yang sudah berakar umbi dalam jiwa kaum tani di bahagian timur laut China. Walaupun namanya "Pertunjukan Dua Orang", namun, sebenarnya, persembahannya tidak terhad dua orang sahaja. Bentuk persembahannya agak banyak, tetapi, secara umumnya ia terbahagi kepada empat jenis.

Pertama, persembahan yang hanya menggunakan seorang pelakon sahaja. Pelakon itu akan melakonkan pelbagai jenis watak. Bentuknya mirip pertunjukan perseorangan (One Man Show).

Kedua, persembahan yang melibatkan dua orang pelakon. Mereka menyanyi dan menari secara seloka. Ini dianggap sebagai bentuk seni Errenzhuan yang paling "tulen".

Ketiga, menyanyi dan menari secara berkumpulan.

Keempat, persembahan yang hanya menggunakan watak Xiaosheng (lelaki muda) dan Xiaodan (gadis muda) sahaja.

Alat muzik utama yang mengiringi opera Errenzhuan ini termasuk Suona dan Banhu. Ada lebih daripada 300 buah cerita yang selalu dipersembahkan dalam opera ini. Selain nyanyian, dialog, solekan dan tarian, kemahiran-kemahiran yang khusus, seperti penggunaan sapu tangan dan kipas, menjadi bahagian yang paling menarik dalam opera ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China