Cari:
Opera Tempatan Provinsi Jilin: Xinchengxi
2010-12-21 12:00:42 CRI Cetak

Xinchengxi ini dikatakan dicipta pada tahun 1950-an hingga 1960-an, berasaskan opera Bajiaogu, sejenis seni rakyat dalam masyarakat etnik Manchu di kaunti Fuyu, provinsi Jinlin yang dipersembahkan dengan diiringi dram berbentuk segi lapan. Opera ini mendapat nama yang sedemikian kerana kaunti Fuyu itu pernah berada di bawah pentadbiran provinsi Xincheng pada zaman Dinasti Qing (tahun 1644- 1991 Masihi).

Pada asalnya, Bajiaogu ialah satu bentuk hiburan bagi orang etnik Manchu untuk mengisi masa lapang ketika mereka mengadakan aktiviti memburu. Melalui evolusi, pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong, Dinasti Qing (1736-1795), ia berkembang menjadi sejenis seni hiburan rakyat yang sangat menarik. Opera ini dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon yang menyanyi dan berdialog sambil memainkan alat muzik. Dram berbentuk segi lapan itu pula dimainkan oleh penyanyi utamanya.

Watak utama dalam opera ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Sheng (watak lelaki), Dan (watak wanita) dan Chou (watak jenaka). Opera ini lebih sesuai untuk menceritakan kisah hidup dan jatuh bangunnya seseorang dalam kehidupan.

Dengan menyerap unsur-unsur seni Opera Peking, termasuk cara menyanyi, menari dan berdialog, serta tarian rakyat etnik Manchu, opera ini menampilkan corak persembahan yang penuh dengan ciri-ciri etnik minoriti tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China