Cari:
Hong Xiuquan, Pemimpin Kerajaan Syurga Taiping
2010-12-21 15:40:54 CRI Cetak

Hong Xiuquan dilahirkan pada tahun 1814. Sejak masih remaja, beliau sudah kerap kali mengambil peperiksaan kerajaan untuk mendapatkan jawatan yang baik dalam kerajaan. Namun, setelah berbelas-belas tahun, beliau tetap gagal dalam peperiksaan tersebut. Bagaimanapun, ketika berumur 23 tahun, waktu pergi ke Guangzhou untuk mengambil peperiksaan sekali lagi, beliau mendapat sebuah buku yang menjelaskan ajaran Kristian daripada seorang mubaligh dari Barat. Beliau membaca buku ini dengan bersungguh-sungguh lalu mempercayai ajaran Kristian.

Pada tahun 1847, beliau menubuhkan agama "berdoa kepada tuhan" di Guangxi. Kemudian, beliau meruntuhkan patung dewa yang disembah oleh bangsawan tempatan. Tindakannya itu mendapat sokongan dari kalangan pertani yang miskin. Hari demi hari, penganut agama yang dibawa oleh Hong Xiuquan ini semakin ramai. Beliau mula merancangkan pemberontakan.

Pada masa itu, Guangxi mengalami bencana kemarau yang teruk. Kehidupan kaum petani menjadi begitu sengsara dan mereka ikut bersama dalam pemberontakan. Pada 11 November tahun 1847, Hong Xiuquan sendiri memimpin pemberontakan "Kerajaan Syurga Taiping" di Jintian, Guangxi dan tidak lama selepas itu, kumpulannya berjaya menduduki bandar Yongan yang agak besar. Di sana, dengan cepat Kerajaan Syurga Taiping pun menubuhkan sistem pentadbirannya sendiri. Selepas itu, kumpulan Hong Xiuquan berjaya pula menduduki bandar Changsha dan Wuchang di Provinsi Hunan. Jumlah pengikutnya pula sudah mencecah lebih 500 ribu orang ketika itu. Kemudian, mereka menuju pula ke timur menyusur Sungai Yangtze dan menawan bandar Nanjing pada 19 Mac, tahun 1853. Hong Xiuquan menukar nama bandar itu menjadi "Tianjing" dan menjadikannya ibu negara Kerajaan Syurga Taiping. Hong Xiuquan mengeluarkan "Peraturan Tanah Pertanian" yang bertujuan membina masyarakat yang sama kedudukan. Untuk menggulingkan kerajaan Dinasti Qing, Hong Xiuquan terus menghantar pasukannya menuju ke dua arah, timur dan barat. Kekuatan Kerajaan Syurga Taiping mencapai puncaknya ketika itu.

Bagaimanapun, pada masa itu, konflik antara golongan pemimpin dalam Kerajaan Syurga Taiping ini sudah mula menjadi serius. Hong Xiuquan turut membunuh dan mengusir beberapa orang penolongnya yang penting. Dengan itu juga, pentadbiran Kerajaan Syurga Taiping ini sudah menjadi lemah. Tentera Dinasti Qing pula mengambil peluang ini untuk mengukuhkan pangkalan mereka dengan menyerang Kerajaan Syurga Taiping. Pada masa yang genting itu, Hong Xiuquan telah melantik dua orang pemimpin muda yang berbakat, iaitu, Chen Yucheng dan Li Xiucheng untuk memulihkan kekuatan kerajaannya. Pada masa itu juga, kerajaan Dinasti Qing telah bekerjasama dengan penceroboh dari luar negara dan mengundang pasukan tentera dari A.S. untuk membantu menghapuskan Kerajaan Syurga Taiping. Pada tahun 1860, Li Xiucheng telah memimpin pasukan Kerajaan Syurga Taiping lalu menewaskan pasukan A.S. di pinggir kota Shanghai. Namun, pasukan yang dipimpin oleh Chen Yucheng di bahagian barat telah ditewaskan oleh tentera Dinasti Qing, dan "Tianjing" berjaya dikepungkan oleh mereka. Hong Xiuquan tidak mahu melarikan diri dari ibu negaranya dan akhirnya meninggal dunia kerana ditimpa sakit pada tahun 1864. Hingga 19 Julai tahun tersebut, "Tianjing" telah diduduki semula oleh tentera Dinasti Qing.

Pemberontak yang dipimpin oleh Hong Xiuquan turut menawan lebih daripada 600 buah bandar di 18 buah Provinsi di China. Bagaimanapun, setelah menawan Nanjing, Kerajaan Syurga Taiping berubah cerak daripada kumpulan pemberontak kaum tani menjadi sebuah kerajaan feudalisme yang baru. Inilah punca kegagalan Kerajaan Syurga Taiping.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China