Cari:
Persembahan Warisan Budaya Bukan Benda Etnik Minoriti di Provinsi Guizhou
2011-01-19 16:11:38 CRI Cetak

Pentas persembahan tersebut dihias seperti kampung etnik Dong, lengkap dengan bunyi latar air sungai yang mengalir dan seorang warga tua yang sedang bermain alat muzik Pipa sambil bercerita sebuah dongeng rakyat. Lagu yang saudara dengar ini ialah lagu etnik Dong yang berjudul "Lagu Siye". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Pada masa dahulu, etnik Dong tidak ada lagu, Siye pergi ke merata tempat untuk mencarinya. Selepas memperolehnya dari pelbagai kampung, masyarakat etnik Dong menjadi semakin bahagia."

Provinsi Guizhou terletak di kawasan barat daya China. Pemandangan di sana indah, cuacanya sederhana. Ia kaya dengan sumber alam dan entik minoriti yang berbagai-bagai. Etnik Dong sudah tinggal di Guizhou sejak zaman berzaman, dan lagu rakyatnya telah sekian lama memainkan peranan untuk mewariskan sejarah dan budaya etnik Dong. Di kampung etnik Dong ini, ada pepatah yang amat popular, berbunyi "makanan memupuk badan, lagu memupuk hati". Lagu kelihatan menjadi bahagian yang tidak boleh tiada dalam kehidupan masyarakat etnik Dong.

Pengarah persembahan tersebut, Liu Qiang menjelaskan bahawa dalam persembahan kali ini lebih daripada 10 buah lagu klasik etnik Dong telah dipilih.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu etnik Dong yang berjudul "Reriang". Bagi masyarakat etnik Dong, bunga, burung, ikan dan serangga semuanya pandai menyanyi, contohnya reriang menyanyi pada musim panas dan burung menyanyi pada musim bunga.

"Lagu Besar Etnik Dong" ialah lagu etnik Dong yang paling terkenal yang dinyanyikan secara paduan suara tanpa iringan muzik. Pada tahun 2009, Lagu Besar Etnik Dong disenaraikan dalam "contoh warisan budaya bukan benda manusia".

Oleh sebab etnik Dong tidak mempunyai tulisan sendiri, jadi, budaya, adat resam dan etiket mereka diwaris oleh generasi baru menerusi lagu rakyat. Di kampung etnik Dong, orang yang pandai menyanyi dianggap sebagai orang yang paling berpengetahuan dan paling bijak. Oleh sebab itu, mereka juga paling dihormati. Wu Pinxian yang berusia lebih daripada 70 tahun itu ialah seorang penyanyi etnik Dong yang terkenal. Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah "pewaris lagu besar etnik Dong" dalam projek warisan budaya bukan benda peringkat negara China.

Dalam persembahan kali ini, Wu Pinxian beraksi sebagai seorang nenek yang mengajar kanak-kanak menyanyi lagu entik Dong dan bersama-sama dengan mereka menyanyikan lagu kanak-kanak yang berjudul "Membina Kolam".

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu entik Dong yang diiringi alat muzik Pipa yang berjudul "Amat Rindu kerana Sudah Lama Tidak Berjumpa".

Di kampung entik Dong ada adat resam sebegini: jika seorang teruna jatuh cinta pada seorang gadis, dia akan naik ke tingkat paling atas di rumah kayu untuk memanggil kekasihnya itu. Jika gadis itu membuka pintunya, ini menandakan mereka berdua berkemungkinan besar akan berkahwin. Hari ini, teruna itu tidak bernasib baik kerana gadis itu tidak membuka pintunya. Teruna itu mulai menyanyi lagu "Aku Lebih Sedih daripada Reriang".

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu Dong yang berjudul "Kasih Meliputi Warga Dunia".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China