Seni ini menggunakan tulang dari pelbagai jenis binatang sebagai bahan sumbernya dan ia diukir menjadi pelbagai bentuk objek sebagai suatu kraf tangan. Seni ini mempunyai sejarah yang lama. Pada tahun 1982, sebuah ukiran tulang berbentuk kepala manusia dijumpai dalam projek penggalian arkeologi di Sha'anxi, China. Menurut hasil kajiannya, ia sudah bersejarah lebih daripada 6 ribu tahun. Sekarang ini, ia dianggap bahan yang sangat bernilai bagi bidang penyelidikan perkembangan seni ukiran tulang di China.